Tuesday 30 June 2009

AUTISME

CIRI-CIRI KHUSUS:
  • perlakuan yg bongkak
  • ketawa dengan tiba-tiba
  • perkataan yg diulang berkali-kali dan gagap
  • tidak mengenal bahaya
  • tidak merasai kesakitan
  • menangis dan marah tanpa sebab
  • permainan yg luar biasa
  • tidak mahu didakap
  • tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
  • berkelakuan spt org pekak
  • tiada perhubungan mata bila bercakap
  • memutar barang
  • tidak dpt mengawal keseimbangan fizikal
  • tingkahlaku aktif keterlaluan
  • tidak mahu terima pelajaran biasa
  • menggigit kuku, menghisap jari dan mencederakan diri
  • takut dan cemburu berlebihan

Monday 29 June 2009

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

DEFINISI: murid yg telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami pemasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan2 fizikal, intelek, emosi dan sosial...mempunyai keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan..seterusnya memerlukan program pendidikan khas untuk mengoptimakan potensi mereka. KATEGORI:
  • AUTISME
  • SYNDROM DOWN
  • HYPERAKTIF
  • HYPOAKTIF
  • CACAT AKAL RINGAN
  • CACAT AKAL BERAT
  • SIBERAL PALSY (SEPASTIK)
  • DISLEKSIA

Thursday 25 June 2009

sambutan maulidur rasul


Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah yang turut disertai secara aktif oleh murid PKBP....diadakan pada 28 Mei 2009..ALHAMDULILLAH..murid PKBP memenangi acara perarakan yang diadakan bersempena maulidurrasul 1430 ini. WAHDAH PEMANGKIN KHAIRAH UMMAH

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTPR



aktiviti yang baru dijalankan secara kolaborasi bersama murid aliran perdana....perkhemahan unit beruniform...di AKADEMI AIR SULTAN ISKANDAR, SG LAYANG....pada 22 - 24 MEI 2009....objektif kolaborasi tercapai...terimakasih pada semua yang menjayakannya....

TRY....ERROR...

terkial-kial gak nak membangunkan blog ni...almaklum..try and error..namun mudah-mudahan berhasil...kekawan yang terror and expert tuu...tlg2 lah bantu den nie.

Thursday 18 June 2009

cubaan...try...test.first time

sekadar satu percubaan bagi mendedahkan kelas istimewa...masih dalam proses penambahbaikan..baru pertama kali cuba membangunkan blog...dengan niat berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu mengenai PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (PKBP) khasnya di SKTPR....
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA