Tuesday 25 August 2009

SOLAT HAJAT H1N1

Alhamdulillah..2 hari sblm Ramadhan, Panitia Agama Islam SKTPR telah menganjurkan Solat Hajat Perdana H1N1 yang bertujuan bagi memohon agar dijauhi penyakit yang berpunca dari virus H1N1. Solat hajat yang disertai seluruh warga SKTPR termasuklah staf, murid PRA sekolah dan juga murid PKBP telah berjalan lancar diimamkan oleh Tn Hj Rauf. Tahniah buat ustaz-ustaz yang berjaya merealisasikan Solat hajat ini disamping mengintegrasi seluruh warga SKTPR beragama Islam. Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan oleh Allah Subhanallah Ta'ala. Amin...
Integrasi murid dengan niat nan satu
Situasi di dataran tatkala bermula Solat Hajat

Friday 14 August 2009

CERAMAH INFLUENZA A H1N1

MURID PKBP TURUT AMBIL BAHAGIAN SESI DEMO CUCI TANGAN
PPM PKBP DGN DIBANTU JURURAWAT POLIKLINIK PG MEMBANTU MURID PKBP MENCUCI TANGAN DGN BETUL
CERAMAH DAN DEMO H1N1
MURID PKBP MENDENGAR CERAMAH H1N1
CERAMAH YG DISAMPAIKAN PEGAWAI PERUBATAN DARI POLIKLINIK PASIR GUDANG
Penularan virus H1N1 benar-benar membimbangkan . Justeru pihak sekolah dibawah kelolaan PBSM dan Jawatankuasa 3K telah menjemput pihak Poliklinik Pasir Gudang untuk memberikan ceramah dan taklimat berkaitan INFLUENZA A H1N1 ini. Antara isi ceramah wakil Poliklinik Pasir Gudang ini, murid-murid PENDIDIKAN KHAS 80% berisiko terkena jangkitannya. Justeru pelbagai cara menghindarkannya telah dimaklumkan...bahkan sesi demontrasi cara membasuh tangan yg betul turut ditunjukkan kpd murid PKBP SKTPR.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA