Tuesday 20 October 2009

MARHABAN PKBP

Pada 12-15 oktober 2009 telah dijalankan aktiviti marhaban dan ziarah sempena Syawal bagi murid PKBP SKTPR. Hampir 8 buah rumah telah dikunjungi.
Akriviti yang berobjektif mengeratkan silaturrahim serta beramah mesra dengan ibubapa penjaga murid PKBP ini mendapat sambutan serta permintaan yang menggalakkan. Disamping itu murid PKBP juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam Kemahiran Hidup serta Pengurusan Diri sewaktu aktiviti dijalankan.



JAMUAN HARI RAYA PKBP SKTPR

Kemeriahan Hari Raya terus diraikan oleh murid PKBP SKTPR. Pada 9 Oktober 2009, (Jumaat) telah diadakan Rumah Terbuka PKBP SKTPR iaitu jamuan dan sambutan Hari Raya bagi semua murid PKBP SKTPR. Semua guru dan staff SKTPR telah diundang bagi menikmati juadah yang disediakan oleh warga PKBP SKTPR. Alhamdulillah...sambutan menggalakkan dan hampir semua staff dan guru SKTPR mengunjungi Rumah Terbuka kami yang diadakan di stesen urus diri PKBP SKTPR.

Malahan ada juga guu-guru yang mengambil kesempatan untuk memberikan "duit raya" kepada murid PKBP pada hari itu termasuklah Guru Besar. "Lebat" poket murid PKBP SKTPR pada hari itu.

Terima kasih daun keladi buat semua guru dan staff yang hadir memeriahkan suasana Hari Raya di PKBP SKTPR pada hari itu..

Thursday 15 October 2009

JALINAN MESRA AIDILFITRI


Pada 8 Oktober 2009, satu program telah dianjurkan dengan kerjasama dan gabungan 4 buah sekolah di daerah Pasir Gudang. Sekolah-sekolah yg terlibat adalah PKBP SK Tanjung Puteri Resort, PKBP SK Sri Alam 2, PKBP SK Taman Pasir Putih dan PKBP SK Kota Masai 2. Program yang diberi nama Jalinan Mesra Aidilfitri merupakan satu majlis sambutan hari raya pendidikan khas bermasalah pembelajaran 4 buah sekolah tersebut .

Ia diadakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang dengan dihadiri jemputan khas (VIP) dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Bahkan Guru-guru Besar dari 4 buah sekolah tersebut turut sama meluangkan masa bersama dalam majlis bagi meraikan anak-anak Pendidikan Khas ini
. Antara aturcara majlis adalah persembahan dari ke empat-empat buah sekolah tersebut dan bagi PKBP SK Tanjung Puteri Resort adalah mempersembahkan persembahan nasyid marhaban.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA