Wednesday 25 November 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA PKBP

Pada 24 November 2009 lalu, telah diadakan Perjumpaan serta taklimat persekolahan murid PKBP SK Tanjung Puteri Resort diantara ibubapa/penjaga murid PKBP bersama guu-guru PKBP. Turut sama dalam perjumpaan tersebut adalah Guru Besar SKTPR. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan iaitu 70% ibubapa/penjaga murid PKBP hadir.
Antara agenda dalam perjumpaan tersebut adalah taklimat berkaitan kelas PKBP, elaun, keperluan murid serta perlantikan AJK Badan Sokongan PKBP 2009.

Friday 20 November 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2009



Pada 18 Oktober 2009, SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2009. Murid PKBP turut sama terlibat dengan mengadakan persembahan tarian indang dan zapin kolaborasi bersama murid aliran perdana, serta persembahan nasyid.


Selain itu semua murid PKBP turut menerima anugerah khas bg kategori PKBP. Majlis ini merupakan majlis kemuncak bg tahun 2009. Tahniah buat semua yg terlibat secara lansung atau tidak....

Friday 13 November 2009

JAMUAN TAHUNAN





Pada 12 NOV 2009, PKBP SKTPR telah menganjurkan Jamuan Tahunan 2009 bagi kelas PKBP. Jamuan tersebut diadakan sempena tamat sesi 2009 serta meraikan murid yang bakal ke sekolah menengah. Jamuan telah diadakan di Restoran Pizza Hut cawangan Bukit Dahlia, Masai.
Selain menikmati hidangan Pizza dan ais krim, murid-murid PKBP SKTPR juga dihiburkan dengan moskot Pizza Hut serta menikmati keseronokan permainan yang diadakan oleh pihak pengurusan Pizza Hut.
Pihak pengurusan sekolah diwakili oleh GPK Kokurikulum turut hadir bagi meraikan murid PKBP.

Thursday 5 November 2009

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Pada 7 November 2009 lalu, SKTPR telah menganjurkan KARNIVAL 1 MALAYSIA yg bertujuan mengisi dana KEBIRU. Pihak PKBP juga telah membuka gerai jualan bg mengisi tabung kelas. Keseronokan jelas terpancar di wajah murid PKBP yg hadir memeriahkan karnival tersebut. Antara aktiviti menarik selain gerai jualan adalah Flying Fox, Mini Zoo, Auto show dan berkuda.


KONVOKESYEN PEND.KHAS 2009

Pada 3 Nov.2009 telah berlansung Majlis Konvokesyen Pend.Khas 2009 bg daerah Pasir Gudang. Ia dilaksanakan di Dewan Mawar Gemilang, SMK Pasir Gudang 2 dan dirasmikan Pen.Peg.Pelajaran Daerah Pasir Gudang yg mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Majlis yang bertujuan mengiktiraf pelajar lepasan Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang itu meraikan pelajar yg bakal tamat persekolahan Pra Pend.Khas, Sekolah Rendah Pend.Khas dan juga Sekolah Menengah Pend.Khas. Antara pengisian Majlis ini juga merupakan penganugerahan Tokoh pelajar Pend Khas dari segi kurikulum serta kokurikulum. Bagi murid SK Tanjung Puteri Resort, 6 orang murid yang bakal melangkah ke sekolah menengah integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekitar Pasir Gudang iaitu
  1. Mohammad Abdullah b Abu Bakar
  2. Puteri Fatihah Fifin bt Hamidun
  3. Nur Alia bt Mohd Zainuddin
  4. Sari Asnita bt Sukiman
  5. Nor Fakhirah bt Mohd Nor
  6. Muhammad Afiq b Mohd Azman
Tahniah buat mereka kerana berjaya menamatkan persekolahan rendah.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA