Wednesday 10 March 2010

P & P DI LUAR SEKOLAH

Pada 10hb Mac 2010, Kelas pendidikan Khas SKTPR telah melaksanakan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti juga melibatkan lawatan ke Menara Aqabah iaitu pusat pentadbiran bagi Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Aktiviti dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling juga melibatkan murid Pemulihan Khas.
Taklimat diberikan oleh pegawai Majlis Perbandaran Pasir Gudang berkaitan Menara Aqabah.
Selain lawatan ke sekitar Menara Aqabah, murid-murid Pendidikan Khas juga menjalankan pembelajaran cara penggunaan serta fungsi lif dengan bimbingan pegawai dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang,.
Tunjuk cara penggunaan pengangkutan awam dan cara membayar tambang bas.
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah ini juga mendapat tajaan dan kerjasama Syarikat Pengangkutan Maju. Murid-murid Pendidikan Khas dibimbing cara penggunaan bas awam serta cara membayar tambang bas. Selain merasa pengalaman baru menaiki bas awam, murid Pendidikan Khas mempelajari secara amali membayar tambang menggunakan 'tabung'.
Pembelajaran penggunaan "tangga bergerak" @ eskalator.

Pembelajaran serta pengalaman menggunakan "eskalator" turut dilaksanakan di Kompleks Membeli-belah Pusat Bandar yang merupakan dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Lawatan ke Perpustakaan Awam dan taklimat penggunaannya.

Aktiviti lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang turut juga dijalankan.
Makan di "Kebayan " Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang milik Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Pembelajaran membeli dengan nilai yang betul di UO Pasir Gudang

Selain lawatan , pembelajaran secara amali penggunaan wang serta mengecam nilai wang sama dengan barang turut dilaksanakan di pusat membeli belah UO yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Moga-moga pelaksanaan aktiviti ini akan memberikan suasana pembelajaran yang baru serta menyeronokkan buat murid pendidikan khas SKTPR.

Saturday 6 March 2010

KURSUS KEPIMPINAN 2010

Pada 10 dan 11 Feb 2010 telah dijalankan aktiviti Kursus Kepimpinan bagi Pengawas dan Pustakawan. 3 orang murid pendidikan khas terpilih menjadi pengawas sekolah sebagai salah satu proses kolaborasi bersama murid aliran perdana.


Murid Pendidikan Khas yang terpilih adalah adik Fauzan, adik Syafizzul dan Adik Zahid. Tahniah diucapkan buat mereka.
GPK HEM mewakili Guru Besar menyampaikan cenderahati buat Ketua Polis Balai Taman Pasir Putih yang sudi menyampaikan Watikah Perlantikan Pengawas yang diadakan pada 12 Februari 2010.

Monday 1 March 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 6 SKTPR

Pada 6hb Februari 2010 lalu telah berlansung Kejohanan olahraga SKTPR kali ke 6. Acara dirasmikan oleh Assistant Manager HONDA Autoparts Manufacturing dan bermula jam 8.30 pagi .
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontigen pasukan yang mengambil bahagian.
Murid Pendidikan Khas turut sama mengambil bahagian dalam acara perbarisan dengan diiringi guru serta PPM.


Acara bagi murid Pendidikan Khas turut dipertandingan iaitu lari 50m dan 100m kategori pendidikan khas serta acara Sukaneka.
Tahniah dan syabas buat warga pendidikan khas SKTPR yang menampilkan semangat kesukanan yang tinggi.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA