Tuesday 27 March 2012

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2012.

Pada 22 hb Mac 2012, telah berlansung Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Pertandingan diadakan di Daiman Bowl, Johor Jaya dan PPKI SKTPR telah menghantar 3 orang peserta. Seorang bagi kategori Perempuan Junior BP dan dua orang bagi kategori Lelaki Junior BP.
Alhamdulillah, wakil PPKI SKTPR iaitu adik Norshahira Ahmad Muslih telah menjadi Johan bagi kategori yang disertainya iaitu Perempuan Junior BP. Manakala adik Zulkifli Shaban pula telah memenangi tempat ke 3 bagi kategori Lelaki Junior BP. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Puan Rohani Suleiman, Penyelaras Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Tahniah buat para pemenang dan syabas atas usaha gigih guru-guru yang melatih.

Thursday 1 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN ANUGERAH CEMERLANG 2011

Pada 25 Feb. lalu SKTPR telah menganjurkan MAJLIS MESYUARAT AGUNG KE 7 DAN ANUGERAH CEMERLANG 2011. Majlis telah dirasmikan oleh YB TENG BOON SOON, Ahli Parlimen Tebrau. Murid PPKI turut menerima Anugerah Kecemerlangan mengikut kategori. Tokoh Wira Waja disandang oleh adik Mohd Faisol Abdullah lantaran kecekalannya melawan penderitaan penyakit yang ditanggungnya.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA