Saturday 30 June 2012

PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH


Pada 26hb Jun 2012 lalu PPKI SKTPR buat julung kalinya telah menganjurkan lawatan ke luar negeri Johor.  Lawatan ke Melaka itu telah dinamakan PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH berdasarkan jalinan kerjasama penganjurannya bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPR serta sumbangan kewangan dari pelbagai pihak.  Jutaan terima kasih diucapkan buat HONDA AUTOPARTS, Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Ketua Menteri Melaka, TNB Johor, KFC  dan wakil rakyat kawasan Tiram yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Program yang berlansung sehari sahaja itu memberi peluang murid PPKI seramai 20 orang berkolaborasi bersama murid Tahun 6 aliran perdana mengunjugi Zoo Melaka, makan tengahari di Kafe Botanikal, menaiki Menara Tamingsari, beriadah di Dataran Pahlawan serta solat di Masjid Terapung.

Monday 25 June 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 8 2012


SKTPR telah menganjurkan KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 8 pada 23 Jun 2012 lalu.  Ia dirasmikan oleh Sarjan Major Mohamad Rafi B. Mohd Nor, Ketua Balai, Balai Polis Taman Pasir Putih, PG. Warga PPKI turut terlibat menjayakan sukan tahunan ini dengan penglibatan beberapa acara antaranya perbarisan, sukaneka, 100m (L)  PPKI dan 100m (P) PPKI. Moga dengan aktiviti ini akan menjurus kepada matlamat 1 Murid 1 Sukan .

Friday 22 June 2012

KUNTUM ke sekolah


SK Tanjung Puteri Resort sekali lagi mengukir sejarah tersendiri apabila menerima kunjungan Majalah Kuntum pada 20 Jun 2012 lalu. Kehadiran maskot Kuntum pada jam 8.15 pagi itu disambut dengan paluan kompang dan hiruk pikuk jeritan para pelajar yang teruja. Tidak kurang juga reaksi dari warga PPKI yang menampilkan pelbagai reaksi. Antara pengisian pada majlis tersebut adalah sesi bercerita, persembahan dari panitia English serta kuiz. Acara diakhiri dengan sesi bergambar bersama maskot Kuntum.

Thursday 21 June 2012

TERAPI AIR FASA II


PPKI SKTPR sekali lagi menjalankan aktiviti Terapi Air di Tg Puteri Golf Resort pada 19 Jun 2012 lalu. Aktiviti untuk Fasa 2 ini lebih menjurus bermain sambil menerapkan kemahiran. Seramai 20 orang murid terlibat bersama 6 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kami juga diselia oleh seorang kakitangan profesional Tg Puteri Golf Resort yang bertauliah.

Saturday 16 June 2012

HARI BERTEMU PELANGGAN FASA 1 2012


Pada 15 Jun 2012 telah dijalankan Hari Bertemu Pelanggan PPKI SKTPR 2012 bagi Fasa 1.  Pada kesempatan ini telah berlansung perbincangan  antara guru PPKI bersama ibubapa/ penjaga murid PPKI dalam membentuk hubungan bagi kebaikan halatuju dan juga sahsiah yang sewajarnya berdasar masalah murid. Pembinaan RPI juga turut dibincang bersama demi mengurangkan dan secara beransur menambahbaik masalah kelemahan murid.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA