Monday 23 July 2012

SEMARAK RAMADHAN






Pada 20 Julai lalu iaitu sehari sebelum Ramadhan, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) telah menjalankan program Semarak Ramadhan. Murid PPKI turut mengikuti program yang dijalankan. Antara pengisiannya adalah tazkirah Ramadhan, tayangan slaid dan persembahan nasyid.

Sunday 15 July 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


Pada 10 Julai 2012 lalu telah berlansung Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di semua sekolah seluruh negara.  SKTPR tidak ketinggalan melaksanakan program tersebut dan begitu juga warga PPKI yang teruja menjalankan aktiviti senamrobik bersama warga SKTPR yang lain.

Sunday 8 July 2012

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2012

Pada 2 hingga 6 Julai 2012 telah dijalankan MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2012 dengan tema INSAN ISTIMEWA ANUGERAH BERSAMA.  Aktiviti tahunan yang telah masuk tahun ke 4 ini telah diisi dengan pelbagai pengisian bagi mempromosi anak-anak istimewa warga PPKI SKTPR kepada warga SKTPR khasnya Antara pengisian adalah tayangan telemovie DISLEKSIA, pertandingan bola jaring, futsal dan sand art bagi PPKI Zon Pasir Putih, Jualan dan Pameran serta persembahan pentas..


Pada 2 Julai berlansung majlis perasmian yang disempurnakan oleh En Mohd Jaafar Abdul Rahim , Guru Besar SKTPR . Upacara perasmian dijalankan dengan perasmian Taman Reflesiologi PPKI sebagai simbolik Minggu Pendidikan Khas.
Pada 3 Julai telah diadakan Pertandingan Bola Jaring, Futsal dan Sand Art Down Sindrom di antara PPKI sekolah-sekolah Zon Pasir Putih.
Pada 4 Julai diadakan aktiviti Jualan Amal serta Pameran hasil kreativiti murid PPKI SKTPR.
Pada 5 Julai merupakan Majlis Penutupan Rasmi yang disempurnakan juga oleh En Mohd Jaafar Abdul Rahim, Guru Besar SKTPR. Majlis ini diserikan dengan persembahan murid-murid PPKI.

Pada 6 Julai diadakan Jamuan Kesyukuran dengan kenduri doa selamat serta majlis perpisahan buat Pn Anis Isnaizah Md Hariri yang berpindah ke SK Pasir Gudang 2

Moga matlamat dan  objektif Minggu Pendidikan Khas ini berjaya memartabatkan insan istimewa dan sekaligus memberi pengiktirafan bahawa insan istimewa ini adalah anugerah bermakna.


KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA