Monday 24 September 2012

MARHABAN SYAWAL 1433H


Bermula 3 Sept 2012 hingga 13 Sept 2012 telah dijalankan aktiviti Marhaban Syawal 1433H ke rumah murid-murid PPKI SKTPR.  Sebanyak 13 keluarga telah mengambil bahagian , sekaligus melibatkan 13 buah rumah. Aktiviti yang bermatlamat menjalinkan hubungan mesra antara warga PPKI SKTPR dan keluarga murid PPKI SKTPR ini juga menerapkan pembelajaran cara bersosial serta etika dalam sesuatu majlis. Alhamdulillah ia juga mendapat respon yang baik dari kalangan keluarga murid-murid PPKI SKTPR yang mengambil bahagian. Jelas terpancar kegembiraan dikalangan murid-murid PPKI SKTPR ini kerana berpeluang memakai pakaian Raya yang berwarna-warni serta dijamu dengan pelbagai menu lazat.


Monday 17 September 2012

KEM ASAS PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS



Pada 12 Sept 2012 lalu, PPKI SKTPR telah melaksanakan KEM ASAS PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS. Seramai 15 orang murid PPKI SKTPR yang berumur 9 tahun hingga 13 tahun terlibat. Matlamat diadakan aktiviti ini adalah memberi pendedahan kepada murid PPKI tentang aktiviti unit beruniform Pengakap Kanak-kanak . Antara pengisian KEM ASAS PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS ini ialah Kawad Kaki, memasang Khemah, rekreasi dan masakan. Perasmian penutup disempurnakan oleh En Mohd Jaafar Abd Rahim, Guru Besar SKTPR.

Saturday 8 September 2012

GPK terlantar di hospital

takziah buat GPK PENDIDIKAN KHAS SKTPR yg mengalami kemalangan pd 7 Syawal lalu. Moga segera sembuh dan kembali bertugas.

Tuesday 4 September 2012

MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG



Pada 30 Ogos 2012, Panitia Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah menganjurkan MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG. Program ini telah dilaksanakan di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. PPKI SKTPR telah menghantar 2 orang peserta iaitu adik Muhammad Fitri Aiman Mohd Noor dan adik Muhammad Syariz Musa. Mereka diiringi oleh En Muhammad Khairuddin Ahmad. Pelbagai aktiviti lasak seperti merentas halangan dan juga mendaki bukit diadakan. Penutupan rasmi program sehari ini disempurnakan oleh Tn Hj Md Amin b Anis, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta, JPNJ.






KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA