Tuesday 30 October 2012

PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG







Pada 23 - 24 Oktober 2012 telah berlansung PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG di SK Kota Masai 2. PPKI SKTPR telah menghantar 2 orang wakil iaitu adik Salmiah Md Azahar dan adik Nurshahirah Ahmad Muslih. Mereka diiiringi oleh En Edham Redza Ahad Foad..Pelbagai aktiviti kemahiran pengakap telah dijalankan antaranya Laung Agung, memasang khemah, ikatan, Malam Kebudayaan, kawad kaki dan juga aspek kerohanian. Program ditutup dengan rasminya oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Pn Hjh Fatimah Ahmad.

Monday 1 October 2012

KEM BESTARI SOLAT (KBS 2012)


PPKI SKTPR telah melaksanakan program KEM BESTARI SOLAT 2012 pada 21 dan 22 Sept. lalu.  Aktiviti yang menerapkan kemahiran solat dengan betul ini telah dibahagi kepada 2 sesi iaitu amali dan teori. Sesi teori dilaksanakan di stesen pengurusan diri , manakala sesi amali dijalankan di surau SKTPR. Murid -murid dibahagi kepada 6 kumpulan dengan bimbingan guru-guru dan PPM yang bertindak selaku fasilitator. 

JAMUAN HARI RAYA PPKI


PPKI SKTPR telah mengadakan Jamuan Hari Raya @ Rumah Terbuka PPKI pada 14 September 2012 lalu. Majlis yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara Warga PPKI dengan Warga SKTPR. Seluruh warga kerja SKTPR hadir memeriahkan majlis sambil beramah mesra bersama murid istimewa PPKI SKTPR. Ada  juga dikalangan guru-guru SKTPR yang mengambil kesempatan bersedekah duit raya kepada murid-murid PPKI SKTPR di dalam majlis ini. Antara juadah yang dihidangka adalah rendang,ketupat, kuih-muih dan juga buah-buahan.

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA