Monday 15 July 2013

KEM SAHSIAH GANGSA PENGAKAP SKTPR


 Tiga orang pelajar PPKI SKTPR telah terlibat dengan KEM SAHSIAH GANGSA anjuran Unit Beruniform Pengakap SKTPR yang diadakan pada 5 hingga 6 Julai lalu. Mereka ialah adik Salmiah Md Azahar, Muhammad Harris Hakimi Zurhadi dan Muhammad Fitri Aiman Mohd Noor. KEM SAHSIAH GANGSA ini bertujuan bagi melayakkan ahli pengakap kanak-kanak SKTPR menerima Lencana Keris Gangsa.Lebih istimewa lagi, program ini menerima kunjungan Tn Hj Yaacob A.Karim yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.


Friday 5 July 2013

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2013


Pada 24 - 27 Jun 2013 lalu, PPKI SKTPR telah melaksanakan Minggu Pendidikan Khas 2013. Aktiviti yang merupakan acara tahunan ini dirasmikan oleh Encik Mohd Jaaffar Abd Rahim, Guru Besar SKTPR.  Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, pelbagai pengisian dijalankan antaranya Tayangan Slaid dan Telemovie, Pameran dan jualan, kolaborasi 1M1S , persembahan pentas serta kenduri doa selamat dan kesyukuran. Bagi aktiviti kolaborasi 1M1S, perancangan awalnya pertandingan bola jaring dan juga futsal diadakan, namun oleh kerana iklim jerebu ia terpaksa dibatalkan. Justeru sebagai altenatif dijalankan pertandingan permainan tradisional iaitu ketinting dan juga congkak. Atas faktor jerebu juga, sambutan dari PPKI sekolah berhampiran juga kurang memberansangkan iaitu hanya 2 sekolah yang turut serta. Sekolah yang turut serta adalah SK KOTA MASAI 2 dan SK TMN RINTING 2. Secara keseluruhannya aktiviti yang dijalankan selama seminggu ini berjaya mencapai matlamatnya biarpun dalam kesederhanaan.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA