Wednesday 26 March 2014

KEM BISTARI SOLAT 1 (2014)

KEM BISTARI SOLAT 1 (2014) - PENGENALAN DAN AMALI BERWUDUK



Pada 18 Mac 2014, PPKI telah menjalankan program Kem Bistari Solat 1. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid dan memberi pengenalan tentang kewajipan solat dalam kehidupan harian.

Murid - murid diberi penerangan tentang cara-cara berwuduk



Program fasa pertama ini berlangsung selama satu hari dan Penyelaras bagi program ini ialah Pn. Siti Zainak Bt Sidi Ahmad. Pelajar di beri keterangan tentang amali berwuduk mengikut turutan yang betul dan sempurna.

Adik Atif sedang menunjukkan cara-cara berkumur



























Setelah selesai penerangan tentang cara-cara berwuduk ini, semua pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan di ajar oleh guru pengiring tentang cara berwuduk dengan betul. Murid-murid akan dinilai berdasarkan perlakuan berwuduk.

Guru sedang menilai murid mengambil wuduk






Murid sedang mengambil wuduk


Thursday 20 March 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG (2014)

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG BAGI TAHUN 2014.

Kejohanan Balapan pada tahun ini berlangsung selama dua hari. Berikut merupakan aturcara bagi program ini:

  • 5 Mac 2014 (Rabu) - Acara saringan Kejohanan Balapan dan Padang
    • 7.30 - 8.40 pagi - Pendaftaran peserta dan taklimat pengurus
    • 8.45 - 1.00 tengah hari - Acara saringan balapan dan padang
  • 6 Mac 2014 (Khamis) - Kejohanan Balapan dan Padang
    • 7.30 - 8.40 pagi - Pendaftaran peserta dan taklimat pengurus
    • 8.45 - 1.00 tengah hari - Pertandingan balapan dan padang

PPKI SK Tanjong Puteri Resort telah menghantar 9 orang murid di dalam acara balapan dan padang ini. Berikut adalah butiran murid dan acara yang disertainya: 







  • Junior BP Lelaki / Perempuan



    • 100 M Lelaki / Perempuan
      • MOHAMAD HAMBALI BIN SUNGKONO
      • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
      • AUNI SYAZAWAFA BINTI AHMAD KARNALIS
      • NUR AIREENA BINTI MAHATHIR





    • 4 X 100 M Lelaki
      • MOHAMAD HAMBALI BIN SUNGKONO
      • MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL
      • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
      • MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD JABLI
    • Lompat Jauh
      • MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD JABLI





    • Lontar Peluru 
      • MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL
      • MOHAMAD HAMBALI BIN SUNGKONO
      • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
      • SITI HANISAH BINTI SAK'ADAN



 






  • Sindrom Down Terbuka





    • 100 M Lelaki / Perempuan Syndrom Down
      • MUHAMMAD HAZIQ BIN MANAB
      • NUR NABILA PUTERI BINTI RAZALI


Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan aktiviti Senamrobik sebelum memulakan acara sukan. Semua murid PPKI dari seluruh sekolah di Pasir Gudang turut sama menyertai Senamrobik ini. Tidak terkecuali juga murid PPKI  SK Tanjong Puteri Resort turut serta menjayakan aktiviti ini.












Antara guru dan pegawai yang turut serta menjayakan program ini:









KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA