Friday 21 February 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H PERINGKAT SKTPR




Pada 13 Februari 2014 telah berlansung Sambutan Maulidur Rasul 1435H peringkat SKTPR.
Selain perarakan, pelbagai pengisian telah diadakan antaranya :
- solat Hajat Perdana
- ceramah 
- petandingan mewarna
Murid PPKI turut sama mengikuti aktiviti yg dijalankan dan mendapat tempat ke 2 bg acara perarakan.


Murid bersedia bg solat hajat perdana



WASATIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

pelajar PPKI yg turut sama berarak



GPK Pendidikan Khas bersama Guru Besar, YDP PIBG, GPK Kokurikulum dan NYDP PIBG yg turut memeriahkan majlis




murid berarak di kawasan perumahan persekitaran sekolah
Alhamdulillah... PPKI mendapat tempat ke 2 bg acara perarakan

Sunday 2 February 2014

TERAPI AIR 1 (2014)

TERAPI AIR - HYDROTHERAPY





Pada 28 Januari 2014, kami menjalanlankan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik darjah iaini Terapi Air bagi murid-murid Pendidikan Khas. Aktiviti ini telah dijalankan di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 21 orang murid dan 10 orang guru termasuk ppm turut serta menjalankan aktiviti ini. Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun.




 

Antara objektif utama aktiviti seperti ini dijalankan ialah:

  • Melatih pergerakan lokomotor dan psikomotor murid.

  • Murid dapat meningkatkan pendekatan kognitif da memenuhi rasa ingin tahu, penguasan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
  • Menggalakkan interaksi antara murid.



  • Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang.
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu diketahui dan dipatuhi ketika berada di dalam air (sebelum, semasa, dan selepas terapi).
  • Memberi kekuatan dan keyakinan diri untuk berada di dalam air (berenang).
  • Meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan murid.


Semua pelajar mengikuti program ini dengan jayanya.









Saturday 1 February 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SKTPR 2014

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SKTPR 2014 telah diadakan pada 26 Januari 2014 lalu. Dua orang pelajar Pendidikan Khas turut dilantik menjadi pengawas sekolah iaitu adik Muhammad Harris Hakimi Zurhadi dan adik Muhammad Fitri Aiman Mohd Noor.

Kelihatan adik Hariis dan adik Aiman turut melafazkan ikrar pengawas

 Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Balai , Balai Polis Tmn Pasir Putih iaitu SM Mohd Rafi Mohd Nor.

SM Mohd Rafi Mohd Nor menerima cenderahati drpd Guru Besar

Calon pengawas bersedia menerima watikah pelantikan

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA