Tuesday 17 June 2014

SUKANEKA SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 10 SKTPR 2014


Pada 17 Jun 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Sukaneka bersempena Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 10 SKTPR. Semua murid terlibat menjayakan acara ini. Ada 3 permainan yang dipertandingkan antara rumah merah, biru, hijau dan kuning.

Mereka bersedia untuk bertanding




























Antara permainan yang dipertandingkan ialah:

1) Terompah Gergasi

Pelajar dikehendaki memasukkan kaki pada getah terompah dan berjalan beriringan.

Cikgu Fiza sedang memberi penerangan kepada murid-murid

Lawannnn...




























2) Tarik Bola Dengan Gelung

Pelajar dikehendaki menarik bola menggunakan gelung dan harus melepasi kon secara berselang-seli.

Pelajar menarik bola dengan semangat



3) Musang Berjanggut

Pelajar dikehendaki mengasingkan kekacang yang telah di campurkan di dalam satu bekas yang sama.

Semua murid cuba melakukannya walaupun permainan ini agak rumit bagi mereka

Kekacang yang berjaya diasingkan


























Keputusan permainan pertama dan kedua dimenangi oleh Rumah Merah da permainan ketiga dimenangi oleh Rumah Kuning.


Monday 16 June 2014

MAJLIS PERPISAHAN PN SITI ZAINAK BINTI SIDI AHMAD


15 Jun 2014 merupakan hari terakhir Ustazah Siti Zainak Binti Sidi Ahmad berkhidmat di SK Tanjung Puteri Resort. Kami semua telah mengadakan jamuan perpisahan di Restoran Rahmat Kg Pasir Putih sebelum beliau berangkat ke sekolah baru.

Semoga beliau akan terus maju jaya dan cemerlang dalam mendidik anak-anak Pendidikan Khas di sekolah baru nanti serta kami doakan supaya beliau dapat melahirkan anak sulungnya dengan selamat. Aminnn...

Makan bersama


Sehingga berjumpa lagi :)


























Sunday 15 June 2014

HARI TERBUKA DAN PERBINCANGAN RPI 2014

Pada 15 Jun 2014, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort telah mengadakan Hari Terbuka dan Perbincangan RPI antara guru dan ibu bapa. Perbincangan ini akan membincangkan masalah pelajaran, tingkahlaku, serta kelebihan dan halatuju setiap murid PPKI.

Cikgu Edham dan Cikgu Azrol sedang berbincang dengan ibu Syafiq


Cikgu Huda sedang berbincang dengan ibu Harris

Cikgu Fiza sedang berbincang dengan ibu Rabbani

Cikgu Hasnizah menunggu Ibu bapa mengmbil laporan

Ibu Syuhaidah sedang berbincang dengan Cikgu Azrol dan Cikgu Edham


Monday 9 June 2014

TAKLIMAT RPI ONLINE 2014


Pada 27 Mei 2014, semasa cuti sekolah baru saja bermula, kami dari Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan taklimat mengenai Rancangan Prestasi Individu yang kini harus di isi secara online. Taklimat yang di ketuai oleh GPK Pendidikan Khas iaitu Tn Hj Mohd Saifullizan Bin Hj Senin telah menerangkan secara terperinci tentang pengisian RPI online yang telah melibatkan semua guru dan juga pembantu pengurusan murid ini. 


RPI Online yang perlu dilengkapkan

GPK sedang menerangkan tentang pengisian RPI Online ini

Guru-guru yang hadir

Bersemangat guru-guru mendengar taklimat



SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEMUA!! :)

Tuesday 3 June 2014

DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRRAJIUN......


Pada 1 Jun 2014 bersamaan 3 Syaaban 1435 H kami dikejutkan dengan berita pemergian Ayahanda GPK Pendidikan Khas Tn. Hj Mohd Saifullizan Bin Hj Senin iaitu Hj Senin Bin Darsi. Semoga beliau serta ahli keluarga tabah menerima ujian dari Allh SWT ini. Kami semua mendoakan agar roh Ayahandanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn...

Al-Fatihah....














































Monday 2 June 2014

PEMILIHAN PERTANDINGAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG 2014


Pertandingan boling peringkat Pasir Gudang di bawah anjuran Panitia Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah di adakan di Daiman Bowls, Johor Jaya, Johor. Pemilihan ini diadakan pada 22 Mei 2014. Seramai 2 orang murid PPKI Sk Tanjung Puteri Resort telah menyertai pemilihan ini. Guru pengiring bagi aktiviti ini ialah En. Edham Redza Bin Ahmad Foad.

Adik Aiman dan Azmi bergambar sebelum memulakan perlawanan

























Murid yang terlibat ialah :
  • MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL
  • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
Antara peserta yang turut bertanding

Adik Azmi membuat balingan



























Dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut.


Markah keseluruhan pemain kumpulan adik Azmi dan Aiman



























Adik Azmi mendahului yang lain-lain dengan 171 mata keseluruhan dan adik Aiman di tempat kedua dengan 157 mata keseluruhan..Alhamdulillah...


Sunday 1 June 2014

KEM KEMAHIRAN FUTSAL & BOLA JARING 2014



Pada 20 Mei 2014, PPKI SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan Kem Kemahiran Futsal dan Bola Jaring selama satu hari. Kem ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid pendidikan khas ini untuk belajar asas bermain futsal dan bola jaring dengan baik disamping dapat mengurangkan aktiviti kurang sihat dan juga dapat menerapkan disiplin dikalangan mereka. En. Edham Redza bin Ahmad Foad merupan penyelaras bagi aktiviti ini.




















Ini juga membolehkan pelajar mengetahui asas permainan futsal dan bola jaring dengan betul merangkumi aspek-aspek seperti undang-undang permainan, gelangang, peralatan dan juga pakaian yang sesuai sewaktu menjalankan aktiviti ini.

Taklimat permainan disampaikan oleh Cikgu Edham





















Futsal :

Warm up dulu, pelajar berlari keliling gelanggang



















Permainan dimulakan

Pritttttt... Adik Azmi dikenakan kad kuning :P

Perlawanan dimenangi oleh Team Cikgu Azrol !!!




























Bola Jaring :

Warm up dahulu

Permainan dimulakan

lawannnn..

Adik Hanisah cuba menjaringkan gol

Aktiviti tamat jam 12.00 tengah hari.



Muka keletihan :)




























KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA