Tuesday 22 July 2014

MAJLIS IFTAR PPKI 2014


Pada 17 Julai 2014, bertempat di MAKAN KLIMAKS CHOP N GRILL, Tmn Scientex, Pasir Gudang ; PPKI SKTPR telah mengadakan Majlis Iftar dan penyerahan duit serta kuih raya. Majlis yang disertai murid-murid dan ibubapa /penjaga PPKI ini bermula jam 7.00 mlm dengan Ucapan En Mohd Jaafar Abd Rahim, Guru Besar SKTPR


Thursday 17 July 2014

SUMBANGAN ZIARAH RAMADHAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TEBRAU 2014


Pada 17 Julai 2014 Pemuda UMNO Bahagian Tebrau telah menyampaikan sumbangan perkenalan berbentuk kuih raya dan duit raya kepada semua murid Pendidikan Khas SK Tanjong Puteri Resort. Kami semua berbesar hati menyambut kedatangan mereka dan kami mengharap hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Jutaan terima kasih juga daripada pihak kami atas sumbangan yang diberikan kepada anak-anak istimewa kami ini. 

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau En. Syahrin Jamaluddin 





















Kuih Raya sumbangan dari PEMUDA UMNO Tebrau

Sumbangan disampaikan kepada murid-murid

Adik Irfan menerima Kuih Raya


Sumbangan Duit Raya dari PEMUDA UMNO Tebrau


























Bergambar selepas menerima sumbangan




























" TERIMA KASIH DARI KAMI! :) "



Wednesday 16 July 2014

KEM MOWGLI 2014

Pada 25-27 Jun 2014 , dua orang pelajar PPKI telah mengikuti Kem MOWGLI 2014 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang. Adik Muhammad Harris Hakimi Zurhadi dan adik Muhammad Fitri Aiman Mohd Noor telah menyertai perkhemahan yang berlansung 3 hari 2 malam bg melayakkan menerima Lencana Keris Perak yang merupakan kesinambungan Lencana Keris Gangsa yg diperolehi pada tahun lepas. Tahniah buat adik Hariss dan adik Aiman ! Guru-guru PPKI SKTPR turut menjadi Jawatankuasa Pelaksana program ini.



 

Tuesday 15 July 2014

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2014 ( PART I )

PERASMIAN DAN TAYANGAN

Perasmian:

Program Pendidikan Khas Integrasi ( Bermasalah Pembelajaran ) SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan Minggu Pendidikan Khas peringkat sekolah pada 22 Jun 2014 hingga 26 Jun 2104.


Program ini bertujuan untuk mempromosikan serta mendedahkan Program Pendidikan Khas Integrasi ini kepada semua warga sekolah SK Tanjong Puteri Resort. Di samping itu, program ini dapat menilai potensi diri semua murid secara maksimum melalui aktiviti yang akan dijalankan.




Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort, En. Mohd. Jaafar Bin Abd Rahim.






Tayangan:

Tayangan telemovie Minah Karipap yang mengisahkan tentang remaja perempuan istimewa yang terlalu obses dan menggemari karipap sehingga berusaha sendiri untuk mempelajari cara-cara membuat karipap.




Antara pelajar yang menyaksikan tayangan cerita minah karipap

Dalam sesi soal jawab, pelajar diberikan cenderahati dan disampaaikan oleh Cikgu Iswandy



Monday 14 July 2014

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2014 ( PART II )

PAMERAN & JUALAN DAN PERMAINAN

Pameran &Jualan:

Pameran hasil kerja tangan murid-murid Pendidikan Khas SK Tanjung Puteri Resort. Pameran daan jualan ini berlangsung pada hari berikutnya iaitu pada hari Isnin 23 Jun 2014.

Hasil kerja murid PPKI SKTPR

Antara barang hiasan yang dijual

Guru-guru juga tidak terlepas membeli

Kami turut menjual makanan

Murid membeli sewaktu rehat

Kami turut menerima kunjungan murid dan guru dari PPKI SMK Tanjung Puteri Resort

Bergambar kenangan bersama mereka

Permainan:

Permainan dalaman dan luaran ini berlangsung pada hari ketiga iaitu hari Selasa, 23 Jun 2014. Antara permainan yang diadakan ialah, Dam Ular, Congkak, Ketinting, Sand Art dan Futsall. Kami turut menjemput PPKI sekolah berhampiran bagi memeriahkan aktiviti permainan bersempena Minggu Pendidikan Khas ini.  Sekolah yg menerima jemputan kami adalah SK Kota Masai 2, SK Tmn Pasir Putih, SK Tmn Rinting 2, SJKT Masai, SJKC Masai , dan SK Sri Alam 2 .

Antara murid sekolah luar yang hadir


Permainan Dam Ular:


Peserta Dam Ular mula bermain


Adik Harris menjuarai pertandingan ini

 Congkak:

Permainan Congkak turut disertai oleh murid dari Sekolah Tamil


Ketinting:

Mereka menunggu giliran

Pertandingan Ketinting

Futsall:

Pertandingan Futsall

Murid-murid SKTPR turut sama memberi semangat 


7 buah sekolah menjayakan aktiviti permainan dalam pengisian MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2014

Sunday 13 July 2014

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2014 ( PART III )

Penyampaian Hadiah Sukan:

Majlis penyampaian hadiah sukan pengisian Minggu Pendidikan Khas 2014 kepada para pemenang. 

Semua murid berkumpul untuk menerima hadiah




























Majlis dikendalikan oleh Cikgu Azrul Abu Bakar


Majlis diserikan dengan acara buat guru dan ppm iaitu "kerusi beracun"

Pn. Mastura memenangi pertandingan kerusi beracun

En Nasir Yahya , GPK P.Khas SK Tmn Rinting 2 turut sama menyampaikan hadiah

Pn. Yusnita Yusof , GPK P.Khas SK Sri Alam 2 antara penyampai hadiah

 

 

Majlis Penutup dan Persembahan pentas:

Persembahan telah diadakan pada hari terakhir iaitu pada hari Rabu, 25 Jun 2014. Semua murid PPKI telah membuat bermacam persembahan sempena majlis penutupan Minggu Pendidikan Khas 2014. 

Cikgu Hasnizah mengacarakan majlis penutupan ini


























Semua murid berkumpul untuk menyaksikan persembahan


























Pn Zarinawati Ismail GPK 1 , mewakili guru besar  merasmikan majlis penutupan

Adik Harris dan Adik Rabbani mempersembahkan bacaan Al-Quran dan Tafsir

Nyanyian Nasyid lagu Cahaya Iman oleh Adik Aiman, Azhar, Harris, Akmal dan Hambali

Persembahan Pergerakan Kreatif oleh Adik Natasya, Najmi, Syuhaidah, Haziq, Aireena sangat menghiburkan

Persembahan Tarian oleh Adik Hanisah, Aireena, Auni dan Syuhaidah

Persembahan terakhir adalah persembahan nyanyian lagu Bukan ku Pinta dan Terima Kasih Cikgu dari semua murid PPKI SKTPR yang sangat menyentuh hati




























KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA