Monday 25 August 2014

KARNIVAL KEMAHIRAN 2014

Pada 23 Ogos 2014, kami telah menyertai Karnival Kemahiran 2014 yang berlangsung di SK Pasir Gudang 2 selama satu hari. PPKI SK Tanjung Puteri Resort telah menghantar 3 orang murid untuk menyertai pertandingan ini.

Cikgu Hasnizah sedang mendaftar murid-murid yang menyertai pertandingan


Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah, Pramusaji, Masak Asam Pedas Melaka, Masakan Minum Petang, Gubahan Bunga, Gubahan Buah, Solekan, Masakan Western dan Menghias Manik. Ramai sekolah yang hadir dan menghantar pasukan masing-masing untuk bertanding.

Adik Haziq menyertai pertandingan Menghias Manik



Adik Azmi menyertai pertandingan Pramusaji


























Adik Aiman menyertai pertandingan Masak Asam Pedas Melaka

Sedapnyeeeee.....

Adik Aiman memenangi tempat kedua dalam perandingan ini. Tahniah!



Sunday 24 August 2014

PENGISIAN BULAN KEMERDEKAAN SKTPR 2014




















Pada 23 Ogos 2014, SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014. Kami menyambut secara sederhana berikutan negara ini masih lagi bersedih berikutan insiden pesawat MAS iaitu MH17 dan MH370.

Sambutan pada tahun ini, masih meneruskan tradisi dengan aktiviti berarak dan hiasan basikal oleh murid-murid SK Tanjung Puteri Resort ini. Selain daripada itu, aktiviti mewarna dan pakaian beragam sempena hari kemerdekaan ini turut diadakan.

Berkumpul sebelum berarak sekeliling taman

Semangat mereka menyambut kemerdekaan

Murid bersama basikal yang dihias cantik



























Murid tahun 6. Tahun terakhir mereka menyambut kemerdekaan di sekolah ini



























Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki basikal murid

Sporting! Sempat lagi GB En. Mohd Jaafar bin Abd Rahim "berselfie" bersama murid-murid :)



GPK P KHAS berselfie bersama basikal kemerdekaan

Kibaran jalur gemilang


anak-anak cintakan negara


jiwa patriotik diterjemah melalui pakaian

PRAY FOR MH17 & MH370

Belum sempat Malaysia melupakan kesedihan berikutan kehilangan Pesawat MAS MH370 pada 8 mac 2014, kini Malaysia dikejutkan lagi dengan berita satu lagi Pesawat MAS iaitu MH17 telah terhempas di sempadan Ukrain dan Rusia pada 17 July 2014 yang lalu.



Berikutan dengan insiden yang sangat menyayat hati ini, Malaysia telah memberi penghormatan kepada semua penumpang dan anak kapal MH17 yang terkorban ini dengan berkabung selama satu hari iaitu pada hari Jumaat bersamaan 22 Ogos 2014. 

Kami disini turut merasai kesedihan yang dilalui keluarga mangsa ini dan mendoakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.




FREE PALESTINE

Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya. Bersamalah kita mendoakan kemenangan Palestin dari Israel dan semoga Allah memberikan mereka kekuatan serta ketabahan yang tiada batasan di dalam menempuhi dugaan yang maha hebat ini. 



Kami di sini berbangga kerana mereka masih lagi tabah dan tidak sesekali gentar dengan kekejaman rejim zionis. Walaupun tidur dengan di hujani peluru, makan tidak pernah kenyang, mereka tidak pernah berganjak daripada mempertahankan tanah bersejarah ini.

















Semoga para pejuang serta rakyat Palestin yang telah terkorban mendapat ganjaran yang setimpal dengan pengobanan serta perjuangan mereka. Hanya Allah yang mengetahui segalanya yang tersirat dan tersurat di setiap apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaik. Al-fatihah serta doa dari kami tidak akan pernah putus untuk saudara kami di sana!

#freepalestine
#savegaza

Friday 22 August 2014

RUMAH TERBUKA @ JAMUAN HARI RAYA PPKI 2014

Pada 21 Ogos 2014, PPKI SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan jamuan hari raya. Seluruh warga SKTPR dijemput hadir memeriahkan acara ini. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan untuk para tetamu. Tentatif majlis dimulai dengan tahlil ringkas dan marhaban, manakala para jemputan yg terdiri dari warga SKTPR ada yg mengambil peluang memberikan duit raya buat anak-anak istimewa ini.
Marhaban dimulakan sebelum menjamu selera


Murid-murid PPKI

Guru-guru mengambil makanan


























Semua guru menjamu selera

Murid-murid PPKI menerima duit raya


Acara penutup oleh GB dan GPK Pendidikan Khas




























SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEMUA!



Sunday 17 August 2014

MARHABAN PPKI 2014

Pada  4 hingga 13 Ogos 2014 bersamaan 8 hingga 17 Syawal 1435 H, PPKI SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan aktiviti marhaban ke rumah murid-murid Pendidikan Khas. Aktiviti yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara Ibu bapa serta semua warga PPKI SKTPR. Disamping itu juga dapat mengaplikasikan pembelajaran di luar bilik darjah dari aspek pengurusan tingkahlaku dan etika berkunjung.

Sebanyak 18 buah rumah telah kami lawati dan kami turut di hidangkan pelbagai menu juadah  yang enak dari semua keluarga yang terlibat memeriahkan aktiviti ini. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka dan berharap tidak akan serik menerima kunjungan kami lagi di masa akan datang.

Marhaban di rumah Adik Aireena di Tanjung Puteri Resort

Cikgu Khairiatun turut menerima kunjungan marhaban di Nusa Damai

Marhaban di rumah Pn Norasida di Nusa Damai juga

Marhaban di rumah Adik Hanisah di Cahaya Baharu



























Marhaban di rumah Adik Iman  di Seluang

Marhaban di rumah Adik Irfan di Tanjung Puteri Resort

Pn. Mazni di Seluang juga menerima kunjungan marhaban

Marhaban dan tahlil  di rumah Adik Aiman di Kg Pasir Putih





























Selamat Hari Raya Aidilfitri 


Maaf Zahir & Batin


Dari kami Warga PPKI SK Tg Puteri Resort!



KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA