Thursday 10 December 2015

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU,ENCIK YUSRI BIN ZAKARIAH


Warga PPKI SKTPR mengalu-alukan kedatangan En.Yusri Bin Zakariah yang menggantikan En.Mohd Jaafar Bin Abd Rahim sebagai guru besar SKTPR. Kami juga mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat En.Yusri sebagai guru besar.

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHD JAAFAR BIN ABDUL RAHIM

Pada 19 Nov 2015 merupakan hari terakhir persokalahan bagi sesi 2015. Pada hari itu juga adalah hari terakhir bagi murid-murid SKTPR bersama dengan En.Mohd Jaafar (Guru Besar) kerana beliau akan bertugas di tempat baru. En.Mohd Jaafar akan bertugas di SK Cahaya Baru. 



Suasana pilu turut dirasai oleh murid-murid PPKI SKTPR kerana bakal kehilangan guru besar yang banyak memberi sokongan dalam setiap program PPKI.







Warga PPKI SKTPR mengucapkan selamat meneruskan kecemerlangan di tempat baru kepada En.Mohd Jaafar Bin Abd Rahim. Terima kasih atas segala sumbangan dan sokongan cikgu kepada kami.

Saturday 28 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

Pada tarikh 16 Nov 2015 kami telah mengadakan jamuan akhir tahun di Pizza Hut Bukit Dahlia. Para pelajar,PPM dan guru PPKI telah menjamu selera dengan hidangan-hidangan yang enak.













Diselitkan jua acara penyampaian hadiah kepada para pelajar PPKI, terutama pelajar yang akan melangkah ke sekolah menengah.

Monday 23 November 2015

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PPKI

Pada 15 november telah diadakan mesyuarat permuafakatan PPKI SKTPR . Selain itu diadakan juga pebincangan RPI bersama ibu bapa .












Thursday 5 November 2015

MAJLIS APRESIASI GRADUASI PEND.KHAS DAERAH PASIR GUDANG 2015

Pada 29 Oktober 2015 telah berlangsung Majlis Apresiasi Graduasi Pendidikan Khas bagi daerah Pasir Gudang di Hotel Selesa, Pasir Gudang. Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Jasni B. Omar (Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang)







Seramai empat orang murid PPKI SKTPR (gambar di bawah) yang berjaya dan layak ke sekolah menengah. Murid yang terlibat ialah MUHAMMAD HARRIS HAKIMI B ZURHADI , KHAIRUL AZMI B KAMARULZAMAN , NUR NABILA PUTERI BT RAZALI dan NUR AIREENA BT MAHATHIR. Tahniah diucapkan!







Monday 21 September 2015

KEM FUTSAL & PENTANQUE

Pada 15 dan 17 Septenber 2015, Program Pendidikan Khas integrasi  telah mengadakan Kem Futsal & Pentanque di padang SK Tanjung Puteri Resort. Kem ini berlangsung selama dua hari dimana pada hari pertama pelajar telah didedahkan dan diberi penerangan tentang peralatan, tempat bersukan dan peraturan dan teknik semasa bermain Futsal dan Pentaque. Hari kedua pelajar pula dapat mencuba sendiri bermain permainan ini.

Berikut menunjukkan gambar semasa kem ini berlangsung:

Futsal



Cikgu Edham memberikan penerangan kepada murid-murid

Latihan memanaskan badan sebelum bermain Futsal


Semua murid diberi peluang menendang bola

Adik Atif menendang bola




Games on!


Pentaque


Berkumpul di padang sekolah

Pelajar diberi penerangan oleh Cikgu Huda dan Cikgu Hasnizah

Adik Nabila membuat balingan

Adik Syuhaidah menujukkan bakat


Adik Natasya membuat balingan


Penyampaian Hadiah


Antara hadiah untuk pemenang

Cikgu Hasnizah menyampaikan hadiah

Cikgu Edham menyampaikan hadiah

Cikgu Azrol menyampaikan hadiah

Bergambar selepas menerima hadiah


TERAPI BOLING 2015

Terapi Boling kedua pada tahun ini berlangsung pada hari Isnin bersamaan 7 September 2015. Aktiviti ini bertempat di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang.

Antara gambar-gambar sepanjang aktiviti ini berlangsung:

Menunggu pertukaran kasut







KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA