Thursday 10 December 2015

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU,ENCIK YUSRI BIN ZAKARIAH


Warga PPKI SKTPR mengalu-alukan kedatangan En.Yusri Bin Zakariah yang menggantikan En.Mohd Jaafar Bin Abd Rahim sebagai guru besar SKTPR. Kami juga mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat En.Yusri sebagai guru besar.

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHD JAAFAR BIN ABDUL RAHIM

Pada 19 Nov 2015 merupakan hari terakhir persokalahan bagi sesi 2015. Pada hari itu juga adalah hari terakhir bagi murid-murid SKTPR bersama dengan En.Mohd Jaafar (Guru Besar) kerana beliau akan bertugas di tempat baru. En.Mohd Jaafar akan bertugas di SK Cahaya Baru. 



Suasana pilu turut dirasai oleh murid-murid PPKI SKTPR kerana bakal kehilangan guru besar yang banyak memberi sokongan dalam setiap program PPKI.







Warga PPKI SKTPR mengucapkan selamat meneruskan kecemerlangan di tempat baru kepada En.Mohd Jaafar Bin Abd Rahim. Terima kasih atas segala sumbangan dan sokongan cikgu kepada kami.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA