Wednesday 23 March 2016

KEM PENGURUSAN DIRI 2016


Bermula 21 hingg 22 Mac 2016 iaitu 2 hari 1 malam telah berlansung Kem Pengurusan Diri 2016 bertempat di Tiram Indah Village, Tiram. Seramai 17 peserta bersama 7 guru dan 3 PPM menyertai akti/viti ini






Pelbagai pengisian dilaksanakan sepanjang 2 hari 1 malam ini antaranya Brain Gym, Explorace, Teroka Alam, Make Over dan juga aspek kerohanian serta kebersihan diri. Majlis penutup disempurnakan oleh En Yusri Zakariah, Guru Besar SKTPR.




Tuesday 15 March 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015

Pada 6 Mac 2016, telah berlansunng Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2015. Majlis dirasmikan oleh En Kamarulzaman Hj Munasir, Penolong Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini turut diserikan dengan persembahan murid-murid PPKI.




YDP PIBG mengiringi tetamu kehormat
 bagi penyampaian anugerah kecemerlangan 2015

Persembahan tarian brain gym murid2 ppki menarik perhatian hadirin.


Tetamu kehormat bersama guru besar dan YDP PIBG


Thursday 10 March 2016

MAULIDUR RASUL SKTPR 1437H


Pada 3 mac 2016 ,SKTPR telah menganjurkan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 H.Antara pengisian majlis tersebut adalah perarakan ,ceramah,persembahan,dan juga jamuan.















Murid PPKI turut menyertai perarakan Maulidur Rasul.Mereka diiringi PPM dan guru-guru Pendidikan Khas.






Murid PPKI juga seronok menikmati juadah jamuan yang disediakan secara berdulang.




Wakil murid PPKI menerima cenderahati daripada Encik Yurizani bin Che Husin,GPK Kokurikulum atas penyertaan perarakan Maulidur Rasul.

Wednesday 2 March 2016

KURSUS KEPIMPINAN DAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Pada 28hb Feb 2016 lalu telah berlansung Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber yang disempurnakan oleh En Yusri Zakariah ,Guru Besar SKTPR. Dua orang murid PPKI iaitu adik Akmal dan adik Aimanullah turut terpilih sebagai pengawas sekolah.






Sebelum itu pada 21hb Feb.2016 telah diadakan Kursus Kepimpinan buat Pemimpin Muda sekolah yang terdiri drpd calon pengawas, pengawas perpustakaan, ketua darjah dan penolong ketua darjah.




Kelihatan adik Aimanullah dan adik Akmal bersedia menerima watikah pelantikan.

Tuesday 1 March 2016

AKTIVITI MEWARNA SEMPENA FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA 2016


Bersempena Festival Layang-layang Sedunia, beberapa orang murid PPKI SKTPR telah dijemput menyertai aktivit mewarna di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang pada 24 Feb 2016 lalu. Mereka diiringi oleh 2 orang guru ppki turut menerima cenderamata daripada pihak penganjur.




KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA