Tuesday 23 February 2016

TERAPI BERKUDA

Pada 15 Feb 2016,  PPKI SKTPR telah melaksanakan aktiviti Terapi Berkuda di Amigos Horses Riding, Tg Puteri Golf Resot. Semua murid beserta guru dan PPM telah mengikuti aktiviti yang mendapat kerjasama sepenuhnya drpd pengurusan  Amigos Horses Riding , Tg Puteri Golf Resort.







Walaupun pada peringkat awalnya ada segelintir murid yg takut mendekati kuda, namun akhirnya keterujaan mengatasi ketakutan  dan mereka seronok dengan aktiviti yang dibimbing oleh jurulatih pengurusan AMIGOS  HORSES RIDING.

Monday 8 February 2016

MERENTAS DESA SKTPR 2016


Pada 30 Januari 2016 telah berlangsung acara Merentas Desa SKTPR 2016.  3 orang murid PPKI turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.Program tersebut bermula seawal 7:30 pagi dan dimulakan dengan acara senamrobik.








Para peserta dilepaskan oleh En Yusri Bin Zakariah,Guru Besar SKTPR.





Aksi dan kerenah murid-murid PPKI SKTPR sewaktu acara berlangsung


KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA