Monday 7 August 2017

PROGRAM SARANA IBUBAPA LINUS PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR

Pada 30hb Julai 2017 , KPM dgn kerjasama JPNJ dan PPD Pasir Gudang telah mengadakan Program Sarana Ibubapa Linus Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor di Ruang Legar, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato'Hjh Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Pelbagai pengisian dadakan antaranya Ceramah dari wakil KPM, Forum dan juga pameran.







.














RUMAH TERBUKA DAN JAMUAN HARI RAYA 2017

Pada 23 Julai 2017 , sebagai penutup program marhaban 2017; PPKI SKTPR telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka serta Jamuan Hari Raya. Seluruh warga kerja SKTPR serta AJK Pemuafakatan PPKI SKTPR telah dijemput. Selain menikmati juadah yg disediakan, pengisian majlis ini adalah marhaban, tahlil ringkas serta doa selamat.




KUNJUNGAN MARHABAN 2017

Bermula 9 Julai 2017 hingga 20 Julai 2017, PPKI SKTPR telah melaksanakan program kunjungan MARHABAN . Hampir 10 keluarga telah mengambil bahagian menerima kunjungan kami. Antara objektif program ini selain daripada mengeratkan silatur rahim, ia membolehkan murid mengamalkan tingkahlaku dan pengurusan diri positif berdasarkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.




KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA