Wednesday, 22 July 2009

GOD'S SPECIAL CHILD

By: ROMA CROWHURST (a mother of a handicapped child)
I'm sending you a special child, to cherish in my name,
For you to love with all your heart,and teach him just the same,
For he is not like other babies nor will he ever be,
But you can love him just the same and take good care of him for me.
He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he'll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he'll break your heart,you'll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you,the pain soon DISAPPEARS.
I know you'll cry,"Why him, Why us", but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I've selected you,
So please don't turn your back on him,although he may be slow,
If you'll accept him as he is, then together you will grow.
He needs to learn the skills of life,for that I've chosen you,
And with your love to guide him,I know you'll see him through,
Don't try to see the future,I promise that to none,
Just live each day for all its worth,and enjoy my special one.

Friday, 17 July 2009

PENGHAYATAN ISRAK DAN MIKRAJ

Hari ini, 24 Rejab 1430h telah berlansung aktiviti Tazkirah Israk n Mikraj untuk semua warga SKTPR. Tidak ketinggalan keluarga PKBP yg sama mendengar tazkirah yg dikelolakan oleh Panitia Agama Islam. Mudah-mudahan dengan tazkirah yg diberi, keluarga PKBP dapat meningkatkan amalan dan penghayatan di bulan Rejab ini

Thursday, 16 July 2009

MINGGU SAINS SKTPR


Murid PKBP telah turut sama menjayakan Minggu Sains SKTPR yang berlansung dari 29 Jun hingga 3 Julai 2009. Minat yang ditonjolkan oleh murid PKBP mencuit hati guru-guru Sains SKTPR dan mendapat pujian ramai. Sememangnya murid PKBP gembira dengan pengalaman yang diterokai sepanjang Minggu Sains 2009 ini. Tahniah buat Panatia Sains kerana berjaya menganjurkan program yang menarik penyertaan murid PKBP.

Thursday, 9 July 2009

WARGA PKBP SKTPR 2009

WARGA PENDIDIK PKBP SKTPR 2009
WARGA PKBP SKTPR SETELAH SELESAI MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2009

PENUTUPAN RASMI MINGGU PENDIDIKAN KHAS

PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN KOLABORASI BERSAMA MURID ALIRAN PERDANA

PERSEMBAHAN CHILDREN SONG

NYANYIAN SOLO ADIK SHARIZ DGN LAGU "GEMURUH"
TARIAN NYIRU NYANYIAN NASYID MEDLEY

HARI KE 3, MINGGU PENDIDIKAN KHAS

PELAJAR SKTPR BERPUSU MENYAKSIKAN PAMERAN KARYA MURID PKBP

GERAI JUALAN TURUT MENDAPAT SAMBUTAN
ANTARA KARYA MURID YG MENARIK PERHATIAN
HASIL MURID
KREATIVITI MURID PKBP

HARI KE 2 MINGGU PENDIDIKAN KHAS

SUKANEKA KOLABORASI BERSAMA MURID ALIRAN PERDANA

SESI MEMANASKAN BADAN @ REGANGAN
ATLIT BERPOSING DI PST BOWLING TG PUTERI GOLF RESORT AKSI KETIKA BERMAIN BOWLING
BEGITU BERSUNGGUH MEMILH BOLA BOWLING...

Wednesday, 8 July 2009

AKTIVITI HARI PERTAMA MINGGU PEND KHAS


PELANCARAN RASMI BLOG PKBPSKTPR OLEH GPK HEM SKTPR

TAYANGAN SLAID INFO PKBP OLEH PENYELARAS PKBP SKTPR
PERASMIAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2009

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2009


Minggu Pendidikan Khas 2009 telah dirasmikan oleh Pn Hjh Sapiah Hj Tompang, Guru Besar SK Tg Puteri Resort pada 6 Julai 2009. Minggu Pendidikan Khas bermula 6 Julai 2009 dan berakhir pada 9 Julai 2009. Pelbagai aktiviti dirancang antaranya Tayangan Slaid Info PKBP, Pelancaran BLOG PKBPSKTPR, Sukaneka, Pameran, Jualan Amal, Kuiz, Pertandingan Mewarna dan Persembahan Pentas.
Objektif Minggu Pendidikan Khas SKTPR 2009 :
  • mengetengahkan serta menonjolkan potensi dan kemahiran murid PKBP
  • menyatu dan menjalinkan kemesraan antara murid PKBP dengan murid aliran perdana
  • memberi peluang murid PKBP dan murid aliran perdana berinteraksi, dan berkomunikasi antara satu sama lain
  • melahirkan keyakinan serta disiplin diri yang tinggi bagi murid PKBP dalam menghadapi proses dewasa

Sunday, 5 July 2009

MURID BERKEPERLUAN KHAS TETAPI TIDAK LAYAK KE KELAS PENDIDIKAN KHAS

  • Murid biasa yang kelemahan mereka hanya belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. ( Murid begini perlu berada dan belajar di Program Pemulihan Khas )
  • Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal berat. ( Murid begini akan diserah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menerima didikan di Pusat Dalam Komuniti )
  • Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar. ( Murid begini perlu berada dan belajar di kelas biasa )

MASALAH EMOSI / TINGKAH LAKU

  • Tidak boleh memberi tumpuan yang lama pada sesuatu aktiviti
  • Pendiam dan pemalu
  • Selalu bercakap banyak, meninggi diri atau suka menarik perhatian
  • Dengki
  • Cepat marah dan meradang
  • Mencederakan diri sendiri dan orang lain
  • Berkelakuan ganjil
  • Tidak kenal bahaya
  • Selalu menangis

KERENCATAN AKAL

  • 3 tahap kerencatan akal a. ringan b. Sederhana c. Teruk
  • Masalah tingkah laku
  • Masalah pengamatan
  • Masalah sosial
  • Mengambil masa yang lama untuk belajar sesuatu
  • Masalah komunikasi
  • Masalah pengendalian diri
  • Lewat dalam semua aspek
  • Sukar memahami sesuatu konsep

SINDROM DOWN

  • Mulut yang sentiasa terbuka
  • Lidah pendek, tebal dan cenderung terjelir
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas
  • Tangan lebar dan jari pendek
  • Berbadan gempal dan rendah
  • Suka bermanja dan bermain
  • Leher pendek dan besar
  • Rambut lurus / tegak

TUMPUAN PERHATIAN SINGKAT

  • Lambat menyiapkan tugasan
  • Mudah terganggu
  • Masalah kosentrasi
  • Masalah mengurus tugasan
  • Cepat lupa
  • Impulsif
  • Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
  • Memerlukan pengawasan yang lebih
  • Masalah menunggu giliran
  • Tidak boleh duduk diam
  • Kerap jatuh
  • Melakukan sesuatu yang menggangu orang lain
  • Tidak tahu bahaya

SLOW LEARNER

(LEMBAM )-
  • Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis
  • Tulisan yang terlalu buruk dan sukar dibaca
  • Tiada penyelarasan……….
  • Membaca tanpa kefahaman
  • Tidak memahami konsep
  • Tiada tumpuan
  • Tumpuan terhad
  • Berkhayal
  • Daya ingatan yang singkat
  • Mudah terganggu perhatian
  • Sukar menerima arahan
  • Suka bercakap
  • Tidak bercakap
  • Gagap
  • Pelat
  • Tidak berminat untuk belajar
  • Sentiasa gelisah
  • Pemalu
  • Membuat sesuatu tanpa tujuan
  • LEMBAB PERGERAKAN
  • LEMBAB MEMBUAT SESUATU
  • SUKA BERTANGGUH MEMBUAT SESUATU
  • SELALU MENGADU KESAKITAN
  • SUKA MENGGANGGU KAWAN
  • BERCAKAP BOHONG
  • SENSITIF
  • MENGAMBIL TANPA IZIN
  • SUGUL
  • ANTI SOSIAL
  • BERTINDAK SEBELUM HABIS ARAHAN
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA