Showing posts with label TERAPI AIR. Show all posts
Showing posts with label TERAPI AIR. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

TERAPI AIR (2015)

Pada 6 April 2015, kami semua telah pergi ke Tg Puteri Golf Resort untuk mengikuti program terapi air untuk tahun ini. Seramai 16 orang murid beserta 4 orang guru dan 3 ppm terlibat dalam program kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Tg Puteri Golf Resort yang menyediakan khidmat jurulatih renang.






























Sunday, 2 February 2014

TERAPI AIR 1 (2014)

TERAPI AIR - HYDROTHERAPY





Pada 28 Januari 2014, kami menjalanlankan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik darjah iaini Terapi Air bagi murid-murid Pendidikan Khas. Aktiviti ini telah dijalankan di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 21 orang murid dan 10 orang guru termasuk ppm turut serta menjalankan aktiviti ini. Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun.




 

Antara objektif utama aktiviti seperti ini dijalankan ialah:

  • Melatih pergerakan lokomotor dan psikomotor murid.

  • Murid dapat meningkatkan pendekatan kognitif da memenuhi rasa ingin tahu, penguasan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
  • Menggalakkan interaksi antara murid.



  • Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang.
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu diketahui dan dipatuhi ketika berada di dalam air (sebelum, semasa, dan selepas terapi).
  • Memberi kekuatan dan keyakinan diri untuk berada di dalam air (berenang).
  • Meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan murid.


Semua pelajar mengikuti program ini dengan jayanya.









Thursday, 21 June 2012

TERAPI AIR FASA II


PPKI SKTPR sekali lagi menjalankan aktiviti Terapi Air di Tg Puteri Golf Resort pada 19 Jun 2012 lalu. Aktiviti untuk Fasa 2 ini lebih menjurus bermain sambil menerapkan kemahiran. Seramai 20 orang murid terlibat bersama 6 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kami juga diselia oleh seorang kakitangan profesional Tg Puteri Golf Resort yang bertauliah.

Thursday, 31 March 2011

terapi air 2011 di tg puteri golf resort


Sesi terapi air telah mula dilaksanakan di Tanjung Puteri Golf Resort. Sesi yang dijalankan 3 kali setahun ini bertujuan bagi melaksanakan kegiatan yang memberi kesan kepada emosi, sosial dan juga psikomotor murid pendidikan khas.

Semua guru PPKI serta PPM telah turut serta menjayakan aktiviti ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Tanjung Puteri Golf Resort yang sedia memberikan kerjasama dengan memberikan diskaun pada caj yang dikenakan untuk penggunaan kolam renangnya.

Kelihatan murid-murid PPKI teruja melaksanakan aktiviti ini. Lebih-lebih lagi ada antara mereka yang baru mengalami pengalaman ini buat pertama kali.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA