Showing posts with label SUKAN TAHUNAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN TAHUNAN. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-10 2014


Pada 21 Jun 2014, Sekolah Kebangsaan Tanjong Puteri Resort telah mengadakan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-10 bertempat di padang sekolah. Acara berlangsung awal 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari.

Murid-murid sedang bersiap uutuk perarakan rumah sukan

Guru membantu murid menyiapkan diri

Semua murid terlibat dan bersama menjayakan aktiviti ini. Ada di antara mereka meyertai perarakan dan ada juga meyertai sukan dan olahraga. Ibu bapa juga turut hadir memeriahkan acara sukan ini.

Aktiviti jualan juga berlangsung sepanjang acara sukan ini.

Antara gerai yang menjual



PPKI SKTPR turut sama melakukan jualan sepanjang aktiviti sukan ini




























Tuesday, 17 June 2014

SUKANEKA SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 10 SKTPR 2014


Pada 17 Jun 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Sukaneka bersempena Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 10 SKTPR. Semua murid terlibat menjayakan acara ini. Ada 3 permainan yang dipertandingkan antara rumah merah, biru, hijau dan kuning.

Mereka bersedia untuk bertanding




























Antara permainan yang dipertandingkan ialah:

1) Terompah Gergasi

Pelajar dikehendaki memasukkan kaki pada getah terompah dan berjalan beriringan.

Cikgu Fiza sedang memberi penerangan kepada murid-murid

Lawannnn...




























2) Tarik Bola Dengan Gelung

Pelajar dikehendaki menarik bola menggunakan gelung dan harus melepasi kon secara berselang-seli.

Pelajar menarik bola dengan semangat



3) Musang Berjanggut

Pelajar dikehendaki mengasingkan kekacang yang telah di campurkan di dalam satu bekas yang sama.

Semua murid cuba melakukannya walaupun permainan ini agak rumit bagi mereka

Kekacang yang berjaya diasingkan


























Keputusan permainan pertama dan kedua dimenangi oleh Rumah Merah da permainan ketiga dimenangi oleh Rumah Kuning.


Thursday, 20 March 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG (2014)

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG BAGI TAHUN 2014.

Kejohanan Balapan pada tahun ini berlangsung selama dua hari. Berikut merupakan aturcara bagi program ini:

  • 5 Mac 2014 (Rabu) - Acara saringan Kejohanan Balapan dan Padang
    • 7.30 - 8.40 pagi - Pendaftaran peserta dan taklimat pengurus
    • 8.45 - 1.00 tengah hari - Acara saringan balapan dan padang
  • 6 Mac 2014 (Khamis) - Kejohanan Balapan dan Padang
    • 7.30 - 8.40 pagi - Pendaftaran peserta dan taklimat pengurus
    • 8.45 - 1.00 tengah hari - Pertandingan balapan dan padang

PPKI SK Tanjong Puteri Resort telah menghantar 9 orang murid di dalam acara balapan dan padang ini. Berikut adalah butiran murid dan acara yang disertainya: 







  • Junior BP Lelaki / Perempuan



    • 100 M Lelaki / Perempuan
      • MOHAMAD HAMBALI BIN SUNGKONO
      • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
      • AUNI SYAZAWAFA BINTI AHMAD KARNALIS
      • NUR AIREENA BINTI MAHATHIR





    • 4 X 100 M Lelaki
      • MOHAMAD HAMBALI BIN SUNGKONO
      • MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL
      • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
      • MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD JABLI
    • Lompat Jauh
      • MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD JABLI





    • Lontar Peluru 
      • MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL
      • MOHAMAD HAMBALI BIN SUNGKONO
      • MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
      • SITI HANISAH BINTI SAK'ADAN



 






  • Sindrom Down Terbuka





    • 100 M Lelaki / Perempuan Syndrom Down
      • MUHAMMAD HAZIQ BIN MANAB
      • NUR NABILA PUTERI BINTI RAZALI


Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan aktiviti Senamrobik sebelum memulakan acara sukan. Semua murid PPKI dari seluruh sekolah di Pasir Gudang turut sama menyertai Senamrobik ini. Tidak terkecuali juga murid PPKI  SK Tanjong Puteri Resort turut serta menjayakan aktiviti ini.












Antara guru dan pegawai yang turut serta menjayakan program ini:









Monday, 25 June 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 8 2012


SKTPR telah menganjurkan KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 8 pada 23 Jun 2012 lalu.  Ia dirasmikan oleh Sarjan Major Mohamad Rafi B. Mohd Nor, Ketua Balai, Balai Polis Taman Pasir Putih, PG. Warga PPKI turut terlibat menjayakan sukan tahunan ini dengan penglibatan beberapa acara antaranya perbarisan, sukaneka, 100m (L)  PPKI dan 100m (P) PPKI. Moga dengan aktiviti ini akan menjurus kepada matlamat 1 Murid 1 Sukan .

Monday, 4 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Pada 2 Julai 2011 telah diadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Justeru penglibatan murid PPKI SKTPR juga tidak ketinggalan, Seramai 10 orang murid PPKI yang turut sama menyertai Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama guru-guru PPKI dan juga PPM. Selesai acara larian, murid PPKI bersama murid aliran perdana menyertai acara sukaneka pula bagi mengisi slot sehingga jam 12.30 tenghari.

Monday, 1 March 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 6 SKTPR

Pada 6hb Februari 2010 lalu telah berlansung Kejohanan olahraga SKTPR kali ke 6. Acara dirasmikan oleh Assistant Manager HONDA Autoparts Manufacturing dan bermula jam 8.30 pagi .
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontigen pasukan yang mengambil bahagian.
Murid Pendidikan Khas turut sama mengambil bahagian dalam acara perbarisan dengan diiringi guru serta PPM.


Acara bagi murid Pendidikan Khas turut dipertandingan iaitu lari 50m dan 100m kategori pendidikan khas serta acara Sukaneka.
Tahniah dan syabas buat warga pendidikan khas SKTPR yang menampilkan semangat kesukanan yang tinggi.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA