Pada 12 april 2017, telah diadakan Terapi Bowling bagi tahun 2017. Sebagaimana tahun2 lepas, terapi ini juga diadakan di Pusat Bowling Tg Puteri Resort. Seramai 15 org mrid mengambil bahagian dan dibantu oleh semua guru dan PPM PPKI SKTPR.
Showing posts with label TERAPI BOLING. Show all posts
Showing posts with label TERAPI BOLING. Show all posts
Sunday, 16 April 2017
Monday, 21 September 2015
TERAPI BOLING 2015
Terapi Boling kedua pada tahun ini berlangsung pada hari Isnin bersamaan 7 September 2015. Aktiviti ini bertempat di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang.
Tuesday, 9 September 2014
TERAPI BOLING 2014
Terapi boling telah diadakan pada 9 September 2014. Aktiviti ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Boling Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang Johor. Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun. Semua murid yang hadir, 9 guru termasuk ppm juga turut serta dalam aktiviti ini.
Antara objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk:
- Melatih pergerakan lokomotor dan psikomotor murid.
- Murid dapat meningkatkan pendekatan kognitif da memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
- Mendedahkan murid tentang situasi sebenar tentang sukan permainan boling.
- Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang.
- Mencungkil bakat murid Pendidikan Khas dalam permainan ten pin boling.
- Melahirkan pemain yang berkebolehan, berbakat, berdisiplin, lasak dan mantap serta mampu berdaya saing.
![]() |
| Cikgu Huda sedang membuat bayaran |
Monday, 2 June 2014
PEMILIHAN PERTANDINGAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG 2014
Pertandingan boling peringkat Pasir Gudang di bawah anjuran Panitia Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah di adakan di Daiman Bowls, Johor Jaya, Johor. Pemilihan ini diadakan pada 22 Mei 2014. Seramai 2 orang murid PPKI Sk Tanjung Puteri Resort telah menyertai pemilihan ini. Guru pengiring bagi aktiviti ini ialah En. Edham Redza Bin Ahmad Foad.
![]() |
| Adik Aiman dan Azmi bergambar sebelum memulakan perlawanan |
Murid yang terlibat ialah :
- MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL
- MUHAMMAD FITRI AIMAN BIN MOHD NOR
![]() |
| Antara peserta yang turut bertanding |
![]() |
| Adik Azmi membuat balingan |
Dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut.
![]() |
| Markah keseluruhan pemain kumpulan adik Azmi dan Aiman |
Adik Azmi mendahului yang lain-lain dengan 171 mata keseluruhan dan adik Aiman di tempat kedua dengan 157 mata keseluruhan..Alhamdulillah...
Wednesday, 23 May 2012
TERAPI BOWLING FASA 2
Pada 22 Mei 2012, sekali lagi telah dilaksanakan Program Terapi Bowling bagi fasa II 2012.
Murid-murid PPKI SKTPR semakin mempelihatkan potensi dan kemahiran lokomotor dalam program kali ini.
Aktiviti rutin tahunan ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Tanjung Puteri Golf Resort yang memberikan caj istimewa dalam penggunaan pusat bowlingnya.
Tuesday, 27 March 2012
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2012.
Pada 22 hb Mac 2012, telah berlansung Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Pertandingan diadakan di Daiman Bowl, Johor Jaya dan PPKI SKTPR telah menghantar 3 orang peserta. Seorang bagi kategori Perempuan Junior BP dan dua orang bagi kategori Lelaki Junior BP.
Wednesday, 22 February 2012
TERAPI BOWLING
Pada 21 Februari 2011 telah dijalankan aktiviti Terapi Bowling di Tg Puteri Golf Resort.Seramai 17 orang murid bersama 6 guru dan 2 PPM telah terlibat.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah ini telah menjadi aktiviti rutin setiap tahun dan dimasukkan dalam takwim PPKI SKTPR.
Para pelajar PPKI benar-benar teruja dan seronok dengan suasana pembelajaran yang menerapkan kemahiran lokomotor dan juga psikomotor ini.
Terima kasih tidak terhingga buat pihak pengurusan Tg Puteri Golf Resort yang sedia bekerjasama serta memberikan diskaun khas bagi bayaran penggunaan tempat bowling mereka.
Insya'Allah akan ada lagi 2 sesi Terapi Bowling di masa akan datang bagi tahun 2012 ini.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah ini telah menjadi aktiviti rutin setiap tahun dan dimasukkan dalam takwim PPKI SKTPR.
Para pelajar PPKI benar-benar teruja dan seronok dengan suasana pembelajaran yang menerapkan kemahiran lokomotor dan juga psikomotor ini.
Terima kasih tidak terhingga buat pihak pengurusan Tg Puteri Golf Resort yang sedia bekerjasama serta memberikan diskaun khas bagi bayaran penggunaan tempat bowling mereka.
Insya'Allah akan ada lagi 2 sesi Terapi Bowling di masa akan datang bagi tahun 2012 ini.
Monday, 12 July 2010
PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG
Bagi tahun 2010, SKTPR telah diberi tanggungjawab menganjurkan Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Justeru satu Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah dijalankan pada 3 Jun 2010 yang lalu.
Pertandingan tersebut diadakan di Daiman Bowl Johor Jaya dan menerima penyertaan yang memberansangkan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas di Daerah Pasir Gudang.
Penutupan rasmi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang ini disempurnakan oleh Encik Syawal bin Ahmad, Pegawai Khas Pendidikan Swasta PPD Pasir Gudang.
TERAPI BOWLING
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah iaitu Terapi Bowling telah mula diadakan secara rutin bermula 12 Julai 2010. Ia diadakan setiap hari Isnin bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Aktiviti diadakan sepanjang bulan Julai sehingga pertengahan Ogos. Lokasi bagi aktiviti adalah di Tanjung Puteri Golf Resort serta di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA























