Bermula 9 Julai 2017 hingga 20 Julai 2017, PPKI SKTPR telah melaksanakan program kunjungan MARHABAN . Hampir 10 keluarga telah mengambil bahagian menerima kunjungan kami. Antara objektif program ini selain daripada mengeratkan silatur rahim, ia membolehkan murid mengamalkan tingkahlaku dan pengurusan diri positif berdasarkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.
Showing posts with label MARHABAN. Show all posts
Showing posts with label MARHABAN. Show all posts
Monday, 7 August 2017
Sunday, 20 September 2015
MARHABAN 2015
Marhaban pada tahun ini bermula pada 26 Julai hingga 7 Ogos 2015. Antara Rumah yang menerima kunjungan marhaban pada tahun ini ialah, adik Irfan, Najmi, Atif, Aireena, Syuhaidah, Faris, Syahmie, Syafiq, Syafiqqul, Rabbani, Haziq dan Nabila.
| Kunjungan pertama, Rumah Adik Irfan |
| Rumah Adik Aireena |
| Rumah Adik Syahmie |
| Rumah Adik Syafiqqul |
| Rumah Adik Nabila |
| Rumah bekas pelajar PPKI, Adik Aiman |
Sunday, 17 August 2014
MARHABAN PPKI 2014
Pada 4 hingga 13 Ogos 2014 bersamaan 8 hingga 17 Syawal 1435 H, PPKI SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan aktiviti marhaban ke rumah murid-murid Pendidikan Khas. Aktiviti yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara Ibu bapa serta semua warga PPKI SKTPR. Disamping itu juga dapat mengaplikasikan pembelajaran di luar bilik darjah dari aspek pengurusan tingkahlaku dan etika berkunjung.
Sebanyak 18 buah rumah telah kami lawati dan kami turut di hidangkan pelbagai menu juadah yang enak dari semua keluarga yang terlibat memeriahkan aktiviti ini. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka dan berharap tidak akan serik menerima kunjungan kami lagi di masa akan datang.
| Marhaban di rumah Adik Aireena di Tanjung Puteri Resort |
| Cikgu Khairiatun turut menerima kunjungan marhaban di Nusa Damai |
| Marhaban di rumah Pn Norasida di Nusa Damai juga |
| Marhaban di rumah Adik Hanisah di Cahaya Baharu |
| Marhaban di rumah Adik Iman di Seluang |
| Marhaban di rumah Adik Irfan di Tanjung Puteri Resort |
| Pn. Mazni di Seluang juga menerima kunjungan marhaban |
| Marhaban dan tahlil di rumah Adik Aiman di Kg Pasir Putih |
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Dari kami Warga PPKI SK Tg Puteri Resort!
Monday, 24 September 2012
MARHABAN SYAWAL 1433H
Bermula 3 Sept 2012 hingga 13 Sept 2012 telah dijalankan aktiviti Marhaban Syawal 1433H ke rumah murid-murid PPKI SKTPR. Sebanyak 13 keluarga telah mengambil bahagian , sekaligus melibatkan 13 buah rumah. Aktiviti yang bermatlamat menjalinkan hubungan mesra antara warga PPKI SKTPR dan keluarga murid PPKI SKTPR ini juga menerapkan pembelajaran cara bersosial serta etika dalam sesuatu majlis. Alhamdulillah ia juga mendapat respon yang baik dari kalangan keluarga murid-murid PPKI SKTPR yang mengambil bahagian. Jelas terpancar kegembiraan dikalangan murid-murid PPKI SKTPR ini kerana berpeluang memakai pakaian Raya yang berwarna-warni serta dijamu dengan pelbagai menu lazat.
Tuesday, 20 October 2009
MARHABAN PKBP
Pada 12-15 oktober 2009 telah dijalankan aktiviti marhaban dan ziarah sempena Syawal bagi murid PKBP SKTPR. Hampir 8 buah rumah telah dikunjungi.
Akriviti yang berobjektif mengeratkan silaturrahim serta beramah mesra dengan ibubapa penjaga murid PKBP ini mendapat sambutan serta permintaan yang menggalakkan. Disamping itu murid PKBP juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam Kemahiran Hidup serta Pengurusan Diri sewaktu aktiviti dijalankan.
Akriviti yang berobjektif mengeratkan silaturrahim serta beramah mesra dengan ibubapa penjaga murid PKBP ini mendapat sambutan serta permintaan yang menggalakkan. Disamping itu murid PKBP juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam Kemahiran Hidup serta Pengurusan Diri sewaktu aktiviti dijalankan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA




