Terapi boling telah diadakan pada 9 September 2014. Aktiviti ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Boling Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang Johor. Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun. Semua murid yang hadir, 9 guru termasuk ppm juga turut serta dalam aktiviti ini.
Antara objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk:
- Melatih pergerakan lokomotor dan psikomotor murid.
- Murid dapat meningkatkan pendekatan kognitif da memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
- Mendedahkan murid tentang situasi sebenar tentang sukan permainan boling.
- Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang.
- Mencungkil bakat murid Pendidikan Khas dalam permainan ten pin boling.
- Melahirkan pemain yang berkebolehan, berbakat, berdisiplin, lasak dan mantap serta mampu berdaya saing.
Cikgu Huda sedang membuat bayaran |
No comments:
Post a Comment