Thursday, 14 April 2011

KEM PENGURUSAN DIRI PELAJAR PPKI 2011

Pada 8 hingga 9 april 2011 lalu telah berlansung Kem pengurusan Diri Pelajar PPKI 2011 anjuran Program pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam itu merupakan julung kali diadakan.
Antara pengisian program adalah amali praktikal segala aspek meliputi Pengurusan Diri, Kemahiran Hidup dan juga Kerohanian.
Kem bermula jam 3.00 ptg, 8 April dengan pengisian aktiviti memasang khemah.

Kemudian diikuti aspek kerohanian iaitu wuduk dan solat. Para peserta bersolat asar berjemaah.
Selesai solat Asar, para peserta mengikuti aktiviti pengurusan diri iaitu kebersihan diri. Para fasilitator membimbing cara dan teknik serta penggunaan alatan bagi membersihkan diri.
Pada sebelah malam, selesai solat Maghrib dan Isya', slot diteruskan dengan kemahiran hidup Masakan. Para fasilitator membimbing bagi masakan sup cendawan serta roti bakar.
Hari ke dua iaitu 9 April, aktiviti yang dijalankan selain riadah adalah membasuh pakaian, menggosok baju, menyidai pakaian , melipat pakaian dan diakhiri dengan Brain Gym sebelum majlis penutupan rami.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA