Pada 17 Jun 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Sukaneka bersempena Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 10 SKTPR. Semua murid terlibat menjayakan acara ini. Ada 3 permainan yang dipertandingkan antara rumah merah, biru, hijau dan kuning.
Mereka bersedia untuk bertanding |
Antara permainan yang dipertandingkan ialah:
1) Terompah Gergasi
Pelajar dikehendaki memasukkan kaki pada getah terompah dan berjalan beriringan.
Cikgu Fiza sedang memberi penerangan kepada murid-murid |
Lawannnn... |
2) Tarik Bola Dengan Gelung
Pelajar dikehendaki menarik bola menggunakan gelung dan harus melepasi kon secara berselang-seli.
Pelajar menarik bola dengan semangat |
3) Musang Berjanggut
Pelajar dikehendaki mengasingkan kekacang yang telah di campurkan di dalam satu bekas yang sama.
Semua murid cuba melakukannya walaupun permainan ini agak rumit bagi mereka |
Kekacang yang berjaya diasingkan |
Keputusan permainan pertama dan kedua dimenangi oleh Rumah Merah da permainan ketiga dimenangi oleh Rumah Kuning.