Friday, 10 February 2012

2012

Selamat kembali ke sekolah....maaf kerana Blog ini agak lama terabai. Almaklum admin tidak sempat menitipkan pesan agar dikemaskini sewaktu pemergian menunaikan haji tahun lalu. Namun, alhamdulillah...walaupun ketiadaan GPK untuk beberapa bulan, kelas PPKI SKTPR tetap cemerlang dengan pelaksanaan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pertemuan dengan ibubapa/penjaga murid PPKI yang berlansung pada 17 November 2011. Antara agenda yang berlansung adalah taklimat perjalanan kelas PPKI, taklimat Guru Besar, perlantikan AJK sesi 2011/2013 bg Majlis Muafakatan PPKI SKTPR dan perbincangan RPI. Moga sesi 2012 ini, akan terlaksana dengan lancar segala aktiviti dan perancangan demi kecemerlangan murid PPKI SKTPR...

Monday, 4 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Pada 2 Julai 2011 telah diadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Justeru penglibatan murid PPKI SKTPR juga tidak ketinggalan, Seramai 10 orang murid PPKI yang turut sama menyertai Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama guru-guru PPKI dan juga PPM. Selesai acara larian, murid PPKI bersama murid aliran perdana menyertai acara sukaneka pula bagi mengisi slot sehingga jam 12.30 tenghari.

Monday, 27 June 2011

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2011

Pada 20 Jun 2011 hingga 24 Jun 2011 lalu telah berlansung Minggu Pendidikan Khas 2011. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh En Mohd Jaafar Abd Rahim, Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort. Pelbagai aktiviti dan acara telah dijalankan antaranya adalah Tayangan Slaid PPKI serta kuiz, jualan dan pameran , sukan Futsal dan bolajaring jemputan serta pertandingan sand art. Pada 23 Jun 2011 telah diadakan persembahan pentas oleh murid-murid PPKI serta pelancaran Tabung Adik Faisol. Majlis penutup yang diadakan pada 23 Jun 2011 juga disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTPR. Pada 24 Jun 2011 pula diadakan perjumpaan bersama ibubapa murid PPKI bagi membincangkan RPI serta diadakan juga Taklimat BSN berkaitan Kelab Penyimpan Muda.

Minggu Pendidikan Khas 2011 Slideshow: Saiful’s trip to Pasir Gudang, Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, 17 June 2011

AHLAN WA SAHLAN

Warga PPKI SKTPR mengalu-alukan kehadiran Guru Besar yang baru bagi menggantikan Pn Hjh Sapiah Hj Tompang yg bersara. Guru Besar baru SK Tanjung Puteri Resort kini adalah EN MOHD JAAFAR ABD RAHIM yang merupakan mantan GPK KOKU SK Taman Rinting 3, Masai , Johor. Beliau mula melapurkan diri untuk bertugas pada 1 Jun yang lalu. AHLAN WA SAHLAN !!!

Thursday, 19 May 2011

PERSARAAN PN HJH SAPIAH HJ TOMPANG

Pada 18 Mei lalu merupakan hari terakhir Pn Hjh Sapiah Hj Tompang sebagai guru besar di SK Tanjung Puteri Resort dan akan mula bersara. Majlis persaraan beliau diadakan pada 16 Mei bersempena dengan Hari Guru. Sesungguhnya pemergian beliau amat dirasai oleh warga pendidikan khas SKTPR. Beliau banyak memberi sokongan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid pendidikan khas. Malahan kemesraan yang dipamerkan olehnya pasti menjadi ingatan kerinduan buat warga pendidikan khas. Semoga Pn Hjh Sapiah berbahagia dengan dunia barunya dalam mengecapi kemanisan persaraannya.

Wednesday, 18 May 2011

NAMUN KUPUNYA HATI








Begini lah wajah-wajah penderitaan yang ditanggung oleh salah seorang murid PPKI SKTPR. Adik Faisol Abdullah sudah hampir 6 bulan terlantar di Hospital Sultan Ismail. Beliau yang menanggung penderitaan jantung berlubang, buah pinggang dua2 dah rosak , ada darah tinggi serta komplikasi masalah sistem dalamannya sukar berfungsi. Sekarang ni, doktor kata hanya semangatnya yg kuat membolehkan dia bertahan. Pelbagai ikhtiar dan pembedahan dilakukan. Namun ................. kini hanya tawakkal dan doa semua yang dapat membantu .

Thursday, 14 April 2011

KEM PENGURUSAN DIRI PELAJAR PPKI 2011

Pada 8 hingga 9 april 2011 lalu telah berlansung Kem pengurusan Diri Pelajar PPKI 2011 anjuran Program pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam itu merupakan julung kali diadakan.
Antara pengisian program adalah amali praktikal segala aspek meliputi Pengurusan Diri, Kemahiran Hidup dan juga Kerohanian.
Kem bermula jam 3.00 ptg, 8 April dengan pengisian aktiviti memasang khemah.

Kemudian diikuti aspek kerohanian iaitu wuduk dan solat. Para peserta bersolat asar berjemaah.
Selesai solat Asar, para peserta mengikuti aktiviti pengurusan diri iaitu kebersihan diri. Para fasilitator membimbing cara dan teknik serta penggunaan alatan bagi membersihkan diri.
Pada sebelah malam, selesai solat Maghrib dan Isya', slot diteruskan dengan kemahiran hidup Masakan. Para fasilitator membimbing bagi masakan sup cendawan serta roti bakar.
Hari ke dua iaitu 9 April, aktiviti yang dijalankan selain riadah adalah membasuh pakaian, menggosok baju, menyidai pakaian , melipat pakaian dan diakhiri dengan Brain Gym sebelum majlis penutupan rami.

Thursday, 31 March 2011

terapi air 2011 di tg puteri golf resort


Sesi terapi air telah mula dilaksanakan di Tanjung Puteri Golf Resort. Sesi yang dijalankan 3 kali setahun ini bertujuan bagi melaksanakan kegiatan yang memberi kesan kepada emosi, sosial dan juga psikomotor murid pendidikan khas.

Semua guru PPKI serta PPM telah turut serta menjayakan aktiviti ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Tanjung Puteri Golf Resort yang sedia memberikan kerjasama dengan memberikan diskaun pada caj yang dikenakan untuk penggunaan kolam renangnya.

Kelihatan murid-murid PPKI teruja melaksanakan aktiviti ini. Lebih-lebih lagi ada antara mereka yang baru mengalami pengalaman ini buat pertama kali.

Monday, 10 January 2011

SELAMAT DATANG 2011

Alhamdullilah...kian bertambah usia PPKI di SKTPR. 2011 merupakan tahun ke 6 perlaksanaan program ini di SKTPR...dari bertatih dah mula berjalan dan kini berlari pantas.... Bagi tahun 2011, murid PPKI berjumlah 22 orang sehingga 10 Januari .... 5 orang murid baru yang semuanya berusia 7 tahun telah mendaftarkan diri.... Bagi tahun ini juga Pendidikan Khas turut terlibat dengan Tranformasi Pendidikan dengan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...justeru PPKI SKTPR turut mengorak langkah bersama melaksana KSSR... 8 orang murid telah dikenalpasti bagi mengikuti KSSR...... Bermula 17hb Januari pula, 2 orang guru PPKI akan menjalankan Praktikum KPLI KDC selama 3 bulan... Diharapkan mereka akan menunjukkan prestasi yang boleh membantu pengajaran di dalam kelas... Progam INKLUSIF dan TRANSISI terus dilaksanakan untuk tahun 2011 ini. Program TRANSISI merupakan kesinambungan dengan beberapa penambahbaikan, manakala Program INKLUSIF permulaan bagi calon baru di kelas Tahun 4........ Semoga segala yang dirancang untuk tahun 2011 ini akan berjalan lancar dan objektifnya mencapai prestasi yang membanggakan....

Tuesday, 28 September 2010

UPSR 2010

Alhamdulillah...UPSR 2010 juga diduduki oleh 4 orang calon dari murid pendidikan khas kelas integrasi masalah pembelajaran SKTPR. 4 calon itu adalah adik Mohd Syafizul, adik Mohd Zahid, adik Fauzan dan adik Mohd Azrul. Keempat-empat mereka merupakan murid kelas pendidikan khas yang diinklusif pada waktu matapelajaran teras di kelas biasa. Kelas inklusif ini dibimbing oleh Cikgu Anis Isnaizah Md Hariri. Alhamdulillah juga....bagi peperiksaan UPSR 2010 ini keempat-empat calon diberi tambahan masa untuk menjawab dan juga bilik berasingan oleh pihak JPN. Mudah-mudahan mereka mendapat keputusan yang baik...
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA