Tuesday, 27 March 2012

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2012.

Pada 22 hb Mac 2012, telah berlansung Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Pertandingan diadakan di Daiman Bowl, Johor Jaya dan PPKI SKTPR telah menghantar 3 orang peserta. Seorang bagi kategori Perempuan Junior BP dan dua orang bagi kategori Lelaki Junior BP.
Alhamdulillah, wakil PPKI SKTPR iaitu adik Norshahira Ahmad Muslih telah menjadi Johan bagi kategori yang disertainya iaitu Perempuan Junior BP. Manakala adik Zulkifli Shaban pula telah memenangi tempat ke 3 bagi kategori Lelaki Junior BP. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Puan Rohani Suleiman, Penyelaras Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Tahniah buat para pemenang dan syabas atas usaha gigih guru-guru yang melatih.

Thursday, 1 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN ANUGERAH CEMERLANG 2011

Pada 25 Feb. lalu SKTPR telah menganjurkan MAJLIS MESYUARAT AGUNG KE 7 DAN ANUGERAH CEMERLANG 2011. Majlis telah dirasmikan oleh YB TENG BOON SOON, Ahli Parlimen Tebrau. Murid PPKI turut menerima Anugerah Kecemerlangan mengikut kategori. Tokoh Wira Waja disandang oleh adik Mohd Faisol Abdullah lantaran kecekalannya melawan penderitaan penyakit yang ditanggungnya.

Wednesday, 22 February 2012

TERAPI BOWLING

Pada 21 Februari 2011 telah dijalankan aktiviti Terapi Bowling di Tg Puteri Golf Resort.Seramai 17 orang murid bersama 6 guru dan 2 PPM telah terlibat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah ini telah menjadi aktiviti rutin setiap tahun dan dimasukkan dalam takwim PPKI SKTPR. Para pelajar PPKI benar-benar teruja dan seronok dengan suasana pembelajaran yang menerapkan kemahiran lokomotor dan juga psikomotor ini. Terima kasih tidak terhingga buat pihak pengurusan Tg Puteri Golf Resort yang sedia bekerjasama serta memberikan diskaun khas bagi bayaran penggunaan tempat bowling mereka. Insya'Allah akan ada lagi 2 sesi Terapi Bowling di masa akan datang bagi tahun 2012 ini.

Friday, 10 February 2012

2012

Selamat kembali ke sekolah....maaf kerana Blog ini agak lama terabai. Almaklum admin tidak sempat menitipkan pesan agar dikemaskini sewaktu pemergian menunaikan haji tahun lalu. Namun, alhamdulillah...walaupun ketiadaan GPK untuk beberapa bulan, kelas PPKI SKTPR tetap cemerlang dengan pelaksanaan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pertemuan dengan ibubapa/penjaga murid PPKI yang berlansung pada 17 November 2011. Antara agenda yang berlansung adalah taklimat perjalanan kelas PPKI, taklimat Guru Besar, perlantikan AJK sesi 2011/2013 bg Majlis Muafakatan PPKI SKTPR dan perbincangan RPI. Moga sesi 2012 ini, akan terlaksana dengan lancar segala aktiviti dan perancangan demi kecemerlangan murid PPKI SKTPR...

Monday, 4 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Pada 2 Julai 2011 telah diadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Justeru penglibatan murid PPKI SKTPR juga tidak ketinggalan, Seramai 10 orang murid PPKI yang turut sama menyertai Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama guru-guru PPKI dan juga PPM. Selesai acara larian, murid PPKI bersama murid aliran perdana menyertai acara sukaneka pula bagi mengisi slot sehingga jam 12.30 tenghari.

Monday, 27 June 2011

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2011

Pada 20 Jun 2011 hingga 24 Jun 2011 lalu telah berlansung Minggu Pendidikan Khas 2011. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh En Mohd Jaafar Abd Rahim, Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort. Pelbagai aktiviti dan acara telah dijalankan antaranya adalah Tayangan Slaid PPKI serta kuiz, jualan dan pameran , sukan Futsal dan bolajaring jemputan serta pertandingan sand art. Pada 23 Jun 2011 telah diadakan persembahan pentas oleh murid-murid PPKI serta pelancaran Tabung Adik Faisol. Majlis penutup yang diadakan pada 23 Jun 2011 juga disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTPR. Pada 24 Jun 2011 pula diadakan perjumpaan bersama ibubapa murid PPKI bagi membincangkan RPI serta diadakan juga Taklimat BSN berkaitan Kelab Penyimpan Muda.

Minggu Pendidikan Khas 2011 Slideshow: Saiful’s trip to Pasir Gudang, Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pasir Gudang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, 17 June 2011

AHLAN WA SAHLAN

Warga PPKI SKTPR mengalu-alukan kehadiran Guru Besar yang baru bagi menggantikan Pn Hjh Sapiah Hj Tompang yg bersara. Guru Besar baru SK Tanjung Puteri Resort kini adalah EN MOHD JAAFAR ABD RAHIM yang merupakan mantan GPK KOKU SK Taman Rinting 3, Masai , Johor. Beliau mula melapurkan diri untuk bertugas pada 1 Jun yang lalu. AHLAN WA SAHLAN !!!

Thursday, 19 May 2011

PERSARAAN PN HJH SAPIAH HJ TOMPANG

Pada 18 Mei lalu merupakan hari terakhir Pn Hjh Sapiah Hj Tompang sebagai guru besar di SK Tanjung Puteri Resort dan akan mula bersara. Majlis persaraan beliau diadakan pada 16 Mei bersempena dengan Hari Guru. Sesungguhnya pemergian beliau amat dirasai oleh warga pendidikan khas SKTPR. Beliau banyak memberi sokongan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid pendidikan khas. Malahan kemesraan yang dipamerkan olehnya pasti menjadi ingatan kerinduan buat warga pendidikan khas. Semoga Pn Hjh Sapiah berbahagia dengan dunia barunya dalam mengecapi kemanisan persaraannya.

Wednesday, 18 May 2011

NAMUN KUPUNYA HATI








Begini lah wajah-wajah penderitaan yang ditanggung oleh salah seorang murid PPKI SKTPR. Adik Faisol Abdullah sudah hampir 6 bulan terlantar di Hospital Sultan Ismail. Beliau yang menanggung penderitaan jantung berlubang, buah pinggang dua2 dah rosak , ada darah tinggi serta komplikasi masalah sistem dalamannya sukar berfungsi. Sekarang ni, doktor kata hanya semangatnya yg kuat membolehkan dia bertahan. Pelbagai ikhtiar dan pembedahan dilakukan. Namun ................. kini hanya tawakkal dan doa semua yang dapat membantu .

Thursday, 14 April 2011

KEM PENGURUSAN DIRI PELAJAR PPKI 2011

Pada 8 hingga 9 april 2011 lalu telah berlansung Kem pengurusan Diri Pelajar PPKI 2011 anjuran Program pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam itu merupakan julung kali diadakan.
Antara pengisian program adalah amali praktikal segala aspek meliputi Pengurusan Diri, Kemahiran Hidup dan juga Kerohanian.
Kem bermula jam 3.00 ptg, 8 April dengan pengisian aktiviti memasang khemah.

Kemudian diikuti aspek kerohanian iaitu wuduk dan solat. Para peserta bersolat asar berjemaah.
Selesai solat Asar, para peserta mengikuti aktiviti pengurusan diri iaitu kebersihan diri. Para fasilitator membimbing cara dan teknik serta penggunaan alatan bagi membersihkan diri.
Pada sebelah malam, selesai solat Maghrib dan Isya', slot diteruskan dengan kemahiran hidup Masakan. Para fasilitator membimbing bagi masakan sup cendawan serta roti bakar.
Hari ke dua iaitu 9 April, aktiviti yang dijalankan selain riadah adalah membasuh pakaian, menggosok baju, menyidai pakaian , melipat pakaian dan diakhiri dengan Brain Gym sebelum majlis penutupan rami.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA