Thursday, 26 April 2012

SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG

Pada 25 hb April lalu telah berlansung Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang di SMK Kota Masai. PPKI SKTPR telah menyertai Kategori Nasyid, Hafazan, ilawah dan Azan. Alhamdulillah, wakil PPKI SKTPR telah menyandang Naib Johan bagi kategori Nasyid dan tempat ke 3 bagi kategori Azan. Syabas buat para peserta.


Aksi pesembahan kategori nasyid

Naib Johan Kategori Nasyid Sekolah Rendah
Tempat ke 3 Kategori Azan Sekolah Rendah
Aksi Mohammad Izuddin dalam kategori Tilawah















































Tuesday, 24 April 2012

KEM PENGURUSAN DIRI

 Pada 20 hingga 21 April 2012 telah dijalankan program Kem Pengurusan Diri PPKI 2012. Program yang dijalankan di Chalet D'Punggai, Pengerang, Kota Tinggi itu melibatkan 14 orang peserta murid-murid PPKI.
Program ini merupakan kesinambungan pembelajaran di dalam kelas serta pembelajaran amali berteraskan 4 bidang asas Kurikulum Pendidikan Khas iaitu Bidang Pengurusan Kehidupan, Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Kerohanian dan Nilai Murni serta Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti.


sesi kerohanian

LDK penyediaan makanan

sesi riadah

sesi santai akademik berfungsi


LDK pengurusan kamar tidur

sesi brain gym
peserta dan fasilitator yang terlibat


( SILA JENGUK PAUTAN 'ALBUM' UTK LEBIH GAMBAR)

Thursday, 19 April 2012

MINGGU MBMMBI


Bermula 16 April hingga 20 April, Panitia BM dan BI SKTPR telah menjalankan aktiviti Minggu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Murid PPKI turut tidak ketinggalan menyertai pengisian program ini iaitu Action Song.

Tuesday, 10 April 2012

LAWATAN KE FESTIVALKREATIVITI DAN INOVATIF UTM

Pada 31hb Mac lalu, 4 orang murid dan seorang guru PPKI telah turut sama mengikuti lawatan sekolah ke Festival Kreativiti dan Inovatif UTM.  Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Lawatan SKTPR telah disertai 120 orang murid bersama guru pengiring. Pelbagai aktiviti dan pameran diadakan berjaya menarik minat peserta lawatan.

Thursday, 5 April 2012

MINGGU ANTI DADAH SKTPR

Pada 26-29 Mac 2012 lalu telah dijalankan Kempen Anti Dadah peringkat sekolah. Pelbagai ativiti dijalankan bagi mengisi program tersebut. Antaranya pameran, ceramah, kuiz dan juga pertandingan.



  Tidak ketinggalan Pertandingan Mewarna yang turut disertai murid PPKI. Guru Besar telah menutup rasmi Minggu Anti Dadah serta turut menyampaikan hadiah buat para pemenang

Tuesday, 27 March 2012

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2012.

Pada 22 hb Mac 2012, telah berlansung Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Pertandingan diadakan di Daiman Bowl, Johor Jaya dan PPKI SKTPR telah menghantar 3 orang peserta. Seorang bagi kategori Perempuan Junior BP dan dua orang bagi kategori Lelaki Junior BP.
Alhamdulillah, wakil PPKI SKTPR iaitu adik Norshahira Ahmad Muslih telah menjadi Johan bagi kategori yang disertainya iaitu Perempuan Junior BP. Manakala adik Zulkifli Shaban pula telah memenangi tempat ke 3 bagi kategori Lelaki Junior BP. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Puan Rohani Suleiman, Penyelaras Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Tahniah buat para pemenang dan syabas atas usaha gigih guru-guru yang melatih.

Thursday, 1 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN ANUGERAH CEMERLANG 2011

Pada 25 Feb. lalu SKTPR telah menganjurkan MAJLIS MESYUARAT AGUNG KE 7 DAN ANUGERAH CEMERLANG 2011. Majlis telah dirasmikan oleh YB TENG BOON SOON, Ahli Parlimen Tebrau. Murid PPKI turut menerima Anugerah Kecemerlangan mengikut kategori. Tokoh Wira Waja disandang oleh adik Mohd Faisol Abdullah lantaran kecekalannya melawan penderitaan penyakit yang ditanggungnya.

Wednesday, 22 February 2012

TERAPI BOWLING

Pada 21 Februari 2011 telah dijalankan aktiviti Terapi Bowling di Tg Puteri Golf Resort.Seramai 17 orang murid bersama 6 guru dan 2 PPM telah terlibat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah ini telah menjadi aktiviti rutin setiap tahun dan dimasukkan dalam takwim PPKI SKTPR. Para pelajar PPKI benar-benar teruja dan seronok dengan suasana pembelajaran yang menerapkan kemahiran lokomotor dan juga psikomotor ini. Terima kasih tidak terhingga buat pihak pengurusan Tg Puteri Golf Resort yang sedia bekerjasama serta memberikan diskaun khas bagi bayaran penggunaan tempat bowling mereka. Insya'Allah akan ada lagi 2 sesi Terapi Bowling di masa akan datang bagi tahun 2012 ini.

Friday, 10 February 2012

2012

Selamat kembali ke sekolah....maaf kerana Blog ini agak lama terabai. Almaklum admin tidak sempat menitipkan pesan agar dikemaskini sewaktu pemergian menunaikan haji tahun lalu. Namun, alhamdulillah...walaupun ketiadaan GPK untuk beberapa bulan, kelas PPKI SKTPR tetap cemerlang dengan pelaksanaan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pertemuan dengan ibubapa/penjaga murid PPKI yang berlansung pada 17 November 2011. Antara agenda yang berlansung adalah taklimat perjalanan kelas PPKI, taklimat Guru Besar, perlantikan AJK sesi 2011/2013 bg Majlis Muafakatan PPKI SKTPR dan perbincangan RPI. Moga sesi 2012 ini, akan terlaksana dengan lancar segala aktiviti dan perancangan demi kecemerlangan murid PPKI SKTPR...

Monday, 4 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Pada 2 Julai 2011 telah diadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Justeru penglibatan murid PPKI SKTPR juga tidak ketinggalan, Seramai 10 orang murid PPKI yang turut sama menyertai Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama guru-guru PPKI dan juga PPM. Selesai acara larian, murid PPKI bersama murid aliran perdana menyertai acara sukaneka pula bagi mengisi slot sehingga jam 12.30 tenghari.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA