Tuesday, 14 May 2013
PERKHEMAHAN SEHARI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SKTPR
PERKHEMAHAN SEHARI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SKTPR telah diadakan pada 8 Mei 2013 dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang di SKTPR. Murid-murid PPKI telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pengakap seperti kawad statik, memasang dan membuka khemah, ikatan, masakan, senamrobik, kerohanian, kraftangan dan juga menanam bunga.
Monday, 22 April 2013
KEM PENGURUSAN DIRI 2013
Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SKTPR telah melaksanakan aktiviti Kem Pengurusan Diri 2013 pada 12 hingga 13 April lalu. Aktiviti luar bilik darjah ini memberi pengalaman sebenar dunia realiti kepada murid-murid PPKI. Pelbagai pembelajaran sebagai pengisian dalam aktiviti ini iaitu pengurusan kebersihan diri, kekemasan bilik tidur, hiasan kek, tanaman lada dan juga riadah luar.
Penutupan rasmi disempurnakan oleh Guru Besar, En Mohd Jaafar Abd Rahim dan turut dihadiri oleh Pn Hjh Sapiah Tompang , mantan Guru Besar SKTPR.
Wednesday, 10 April 2013
KEM BESTARI SOLAT PPKI 2013
Pada 2 hingga 4 April 2013, murid-murid PPKI telah mengikuti KEM BESTARI SOLAT PPKI 2013. Program selama 3 hari itu bermatlamat mendedahkan murid PPPKI dengan amalan solat secara khusus. Pengisian selama 3 hari adalah tayangan slaid beserta bimbingan solat, amali wudu' dan solat, sukaneka serta penyampaian hadiah yang disempunakan oleh Guru Besar.
Wednesday, 20 March 2013
PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH 2013
Pada 13 dan 14 Mac 2013, PPKI dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPR telah mengadakan lawatan sambil belajar @ PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH 2013 ke Kuala Lumpur. Antara tempat yang dikunjungi adalah KLCC, Petrosains, Aquaria, Zoo Negara dan Putrajaya.
Program ini berjalan dengan jayanya hasil daripada sokongan dan tajaan pelbagai pihak antaranya Pejabat Menteri Besar Johor, ADUN Putrajaya, Johor Port, Lembaga Pelabuhan Johor, HONDA Autoparts dan TESCO Plentong .
Monday, 25 February 2013
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H
Pada 22 Feb lalu, SK Tanjung Puteri Resort telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1434H yang bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH. Pelbagai pengisian dijalankan antaranya perarakan, ceramah , pertandingan dan juga persembahan. Murid PPKI SKTPR turut terlibat menjayakan sambutan Maulidur Rasul ini.
Monday, 11 February 2013
KURSUS KEPIMPINAN DAN WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS 2013
Pada 4 Feb telah berlansung Kursus Kepimpinan dan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawan /wati SKTPR. 2 orang murid PPKI turut terpilih sebagai pengawas bagi sesi 2013 ini iaitu adik Mohamad Fitri Aiman b.Mohd Nor dan adik Salmiah bt Md Azahar. TAHNIAH diucapkan...
Saturday, 10 November 2012
PERJUMPAAN IBUBAPA & PERBINCANGAN RPI FASA 2
Sebelum sesi persekolahan 2012 menutup tirainya, PPKI SKTPR telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan RPI bersama ibubapa murid PPKI. Objektif diadakan perjumpaan ini adalah membincangkan halatuju murid PPKI SKTPR serta berdialog dengan ibubapa berkaitan masalah anak-anak mereka di sekolah. Alhamdulillah 90% ibubapa murid PPKI hadir dan memberikan respon yang positif.
Perjumpaan ini juga bertujuan memilih jawatankuasa dikalangan ibubapa bagi sesi 2013 dalam memberikan sokongan bagi semua aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk sesi 2013
Wednesday, 7 November 2012
JAMUAN AKHIR TAHUN 2012
Pada 6 Nov 2012,PPKI SKTPR telah melaksanakan acara Jamuan Akhir Tahun 2012 serta meraikan Hari Jadi murid-murid PPKI. Majlis ini dilasanakan di Marrybrown Taman Air Biru, Pasir Gudang. Acara yang bermula jam 10.30 pagi dan berakhir 12.30 tgh itu diserikan dengan kehadiran maskot Marrybrown iaitu "chipmunk". Pelbagai aktiviti permainan turut dijalankan oleh pihak pengurusan Marrybrown seperti kerusi beracun, kuiz dan tarian bebas. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan sesi bergambar.
Tuesday, 30 October 2012
PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG
Pada 23 - 24 Oktober 2012 telah berlansung PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG di SK Kota Masai 2. PPKI SKTPR telah menghantar 2 orang wakil iaitu adik Salmiah Md Azahar dan adik Nurshahirah Ahmad Muslih. Mereka diiiringi oleh En Edham Redza Ahad Foad..Pelbagai aktiviti kemahiran pengakap telah dijalankan antaranya Laung Agung, memasang khemah, ikatan, Malam Kebudayaan, kawad kaki dan juga aspek kerohanian. Program ditutup dengan rasminya oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Pn Hjh Fatimah Ahmad.
Monday, 1 October 2012
KEM BESTARI SOLAT (KBS 2012)
PPKI SKTPR telah melaksanakan program KEM BESTARI SOLAT 2012 pada 21 dan 22 Sept. lalu. Aktiviti yang menerapkan kemahiran solat dengan betul ini telah dibahagi kepada 2 sesi iaitu amali dan teori. Sesi teori dilaksanakan di stesen pengurusan diri , manakala sesi amali dijalankan di surau SKTPR. Murid -murid dibahagi kepada 6 kumpulan dengan bimbingan guru-guru dan PPM yang bertindak selaku fasilitator.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA





