Pada 23hb April 2017, telah berlansung Pertandingan Kolaj sempena Minggu Pendidikan Khas SMK Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. PPKI SKTPR telah menghantar adik M.Hilmi Iskandar sbg peserta bagi pertandingan tersebut. Alhamdulillah..adik M.Hilmi Iskandar telah dipilih sbg Johan .
Tuesday, 25 April 2017
Sunday, 16 April 2017
TERAPI BOWLING 2017
Pada 12 april 2017, telah diadakan Terapi Bowling bagi tahun 2017. Sebagaimana tahun2 lepas, terapi ini juga diadakan di Pusat Bowling Tg Puteri Resort. Seramai 15 org mrid mengambil bahagian dan dibantu oleh semua guru dan PPM PPKI SKTPR.
Monday, 10 April 2017
KEM PENGURUSAN DIRI 2017
Pada 5 hingga 6 April 2017 telah diadakan KEM PENGURUSAN DIRI 2017 bertempat di LATA SERI PULAI, PEKAN NANAS, JOHOR. Seramai 17 orang murid PPKI bersama semua guru dan PPM PPKI, SKTPR telah terlibat dlm KPD kali ke 7 ini.
![]() |
| LDK 1 iaitu pembentukan kumpulan serta slot Ice Breaking |
![]() |
| LDK 2 iaitu penyediaan minum petang: sandwich telur |
![]() |
| LDK 3 asas gubahan menggunakan coklat dan gula-gula |
![]() |
| hari ke 2 ...LDK 4 iaitu teroka alam dengan mengenalpasti flora dan fauna |
![]() |
| LDK 5 house keeping |
![]() |
| Penutupan rasmi disempurnakan oleh GPK PEND.KHAS, Tn Hj Mohd Saifullizan Hj Senin |
![]() |
| slot riadah dan mengisi perut |
Tuesday, 14 March 2017
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PEND.KHAS DAERAH PASIR GUDANG
Pada 8 - 9 Mac 2017, telah berlansung KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG bertempat di SMK Seri Kota Puteri. PPKI SKTPR telah menghantar 4 orang atlet iiaitu Adik Atif Iqbal, Adik Najmi, Adik Siti Nurzakia dan Adik Helmi.

![]() |
| Cikgu Azrol wakil pegawai dari SKTPR |
![]() |
| Cikgu Edham juga adalah wakil pegawai dari SKTPR |
Walaupun atlet PPKI SKTPR tidak memenangi sebarang acara, namun pengalaman yang diperolehi amat bermakna dan berharga buat mereka.
Tuesday, 28 February 2017
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KA`LI KE 13, SKTPR
Pada 26 Feb 2017 telah berlansung Kejohanan Balapan dan Padang SKTPR kali ke 13. Perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Hj Maulizan b. Hj Bujang, ADUN Tiram.
| para pelajar PPKI turut memeriahkan majlis dgn menyertai perbarisan |
![]() |
| acara bagi murik PPKI turut diadakan di Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 13 ini. |
Tuesday, 14 February 2017
AKTIVITI TERAPI BERKUDA
Sebagaiman setiap tahun, aktiviti Terapi Berkuda atau HIPPOTHERAPY turut dijalankan pada tahun ini. Aktiviti rutin tahunan ini dijalankan pada 14 Feb 2017 dengan kerjasama Amigos Horse Riding, Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang. Aktivi yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini disertai 17 orang murid PPKI bersama 5 orang guru dan ppm.
![]() |
| Pengelola Amigos Horse Riding menerima sijil penghargaan daripada wakil PPKI SKTPR |
MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SKTPR
Pada 12 Feb 2017 telah berlansung Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan juga Imam Muda Junior SKTPR. Dua orang mirid PPKI iaitu adik M.Atif Iqbal b. Rouzee dan adik M.Hilmi Iskandar B.Hailmirzal dilantik sebagai pengawas. Manakala seorang murid PPKI iaitu adik Rabbani b. Yazid dilantik sebagai Imam Muda Junior. Tahniah diucapkan buat mereka bertiga.
Monday, 23 January 2017
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKTPR
Pada 21 Januari 2017 ( sabtu ) , Panitia Agama Islam SKTPR telah melaksanakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara pengisian yg dijalankan adalah Perarakan, Ceramah serta Anugerah Tokoh.
Murid PPKI turut sama hadr dan terlibat dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini.
Tahniah diucapkan kepada GPK Pend.Khas SKTPR, Tn Hj Mohd Saifullizan Hj Senin kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Maulidur Rasul.
Wednesday, 18 January 2017
BENGKEL KEPIMPINAN 2017
Pada 17 Jan 2017 telah berlansung Bengkel Kepimpinan bagi pengawas, pengawas pusat sumber, ketua darjah/penolong serta imam muda junior. Bengkel ini dianjurkan oleh Badan Pengawas, Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tiga orang murid PPKI turut terpilih menyertai bengkel ini iaitu Adik Rabbani, Adik Atif dan Adik Helmi.
Tuesday, 17 January 2017
WATIKAH PERLANTIKAN JAWATAN 2017
Pada 27 Dis 2017, telah berlansung penyerahan Watikah Perlantikan bagi jawatan sesi 2017 kepada warga pendidik pendidikan khas sktpr. Penyerahan watikah disempurnakan oleh En Yusri Zakariah, Guru Besar SKTPR. Semoga amanah yang diberikan akan dilaksanakan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA




















































