Monday 7 August 2017

PROGRAM SARANA IBUBAPA LINUS PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR

Pada 30hb Julai 2017 , KPM dgn kerjasama JPNJ dan PPD Pasir Gudang telah mengadakan Program Sarana Ibubapa Linus Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor di Ruang Legar, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato'Hjh Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Pelbagai pengisian dadakan antaranya Ceramah dari wakil KPM, Forum dan juga pameran.







.














RUMAH TERBUKA DAN JAMUAN HARI RAYA 2017

Pada 23 Julai 2017 , sebagai penutup program marhaban 2017; PPKI SKTPR telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka serta Jamuan Hari Raya. Seluruh warga kerja SKTPR serta AJK Pemuafakatan PPKI SKTPR telah dijemput. Selain menikmati juadah yg disediakan, pengisian majlis ini adalah marhaban, tahlil ringkas serta doa selamat.




KUNJUNGAN MARHABAN 2017

Bermula 9 Julai 2017 hingga 20 Julai 2017, PPKI SKTPR telah melaksanakan program kunjungan MARHABAN . Hampir 10 keluarga telah mengambil bahagian menerima kunjungan kami. Antara objektif program ini selain daripada mengeratkan silatur rahim, ia membolehkan murid mengamalkan tingkahlaku dan pengurusan diri positif berdasarkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.




Tuesday 20 June 2017

HARI TERBUKA DAN PERBINCANGAN RPI

Hari Terbuka sekolah dan juga perbincangan RPI bagi tahun 2017 telah diadakan pada 18 Jun 2017 lalu. 80% ibubapa dan penjaga PPKI hadir bagi membincangkan halatuju murid PPKI bersama guru2 PPKI.






MAJLIS IFTAR 2017

Pada 15 Jun 2017 lalu telah berlansung Majlis Iftar PPKI SKTPR di Makan Klimaks Chop n Grill, Tmn Scientex, Pasir Gudang. Majlis yang dihadiri murid2 PPKI bersama ibubapa masing-masing ini dirasmikan oleh GB SKTPR, En Yusri Zakariah. Majlis turut diserikan dengan penyampaian duit dan kuih raya kepada murid2 PPKI. Turut hadir menyerikan majlis ialah barisan guru2 penolong kanan SKTPR.



Wednesday 14 June 2017

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2017


Pada 21 hingga 25 Mei telah berlansung MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2017. Pelbagai pengisian telah berlansung antaranya Tayangan video, sukaneka kolaborasi, mandian terapi, pameran dan jualan serta persembahan pentas.

HARI PERTAMA : PERASMIAN DAN TAYANGAN VIDEO

HARI KE DUA:  SUKANEKA KOLABORASI

HARI KE TIGA:  MANDIAN TERAPI

MAJLIS PENUTUP DAN PERSEMBAHAN PENTAS

Saturday 20 May 2017

Penyertaan murid dan guru PPKI di Technology n Innovation International Conference, Aston Tropicana, Bandung Indonesia

Penyertaan murid dan guru PPKI di Technology n Innovation International Conference, Aston Tropicana, Bandung Indonesia pada 20 hb Mei 2017
Selesai sudah pembentangan projek Sk Tg Puteri Resort nya..
Rabbani yg satu2nya murid yg mwakili kumpulan inovasi sktpr, telah mndapat pujian dan perhatian drpd ramai phk trmasuk penganjur dan pensyarah(Dalam dan luar negara)
Penglibatan Rabbani sbgai pembentang bersama En Azrol, telah mmbuka mata pserta lain, tntg khebatan murid PPKI mmbentg projek in English.
Ramai menyatakan bg sidang sesi petang ini, Rabbani adlh presenter terbaik..!
Dan alhamdulillah, Rabbani dan juga En Azrol telah memenangi ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK tersebut..!!!
Terima kasih phk pntadbiran,rakan2 guru yg mndoakan, phk yg mnyumbang dana, trutamanya PIBG.






PERTANDINGAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG

Pada 17hb Mei 2017, telah berlansung Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang bagi kategori sekolah rendah. PPKI SKTPR telah menghantar 2 orang wakil iaitu adik Atif dan juga adik Haziq. Alhamdulillah adik Haziq mendapat tempat ke 2 bagi kategori Sindrom Down.





Tuesday 16 May 2017

KEM BESTARI SOLAT PPKI SKTPR 2017


Kem Bestari Solat PPKI 2017...14hb Mei - 15hb Mei 2017
Bermatlamat memberi peluang dan pendedahan secara menyeluruh kpd semua murid yg beragama Islam di PPKI SKTPR ttg teori bacaan dan amali wuduk, pergerakan solat serta bacaan ..






Tuesday 25 April 2017

PERTANDINGAN KOLAJ SEMPENA MINGGU PED.KHAS SMK BANDAR SERI ALAM, PG

Pada 23hb April 2017, telah berlansung Pertandingan Kolaj sempena Minggu Pendidikan Khas SMK Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. PPKI SKTPR telah menghantar adik M.Hilmi Iskandar sbg peserta bagi pertandingan tersebut. Alhamdulillah..adik M.Hilmi Iskandar telah dipilih sbg Johan .



KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA