Monday 15 July 2013

KEM SAHSIAH GANGSA PENGAKAP SKTPR


 Tiga orang pelajar PPKI SKTPR telah terlibat dengan KEM SAHSIAH GANGSA anjuran Unit Beruniform Pengakap SKTPR yang diadakan pada 5 hingga 6 Julai lalu. Mereka ialah adik Salmiah Md Azahar, Muhammad Harris Hakimi Zurhadi dan Muhammad Fitri Aiman Mohd Noor. KEM SAHSIAH GANGSA ini bertujuan bagi melayakkan ahli pengakap kanak-kanak SKTPR menerima Lencana Keris Gangsa.Lebih istimewa lagi, program ini menerima kunjungan Tn Hj Yaacob A.Karim yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.


Friday 5 July 2013

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2013


Pada 24 - 27 Jun 2013 lalu, PPKI SKTPR telah melaksanakan Minggu Pendidikan Khas 2013. Aktiviti yang merupakan acara tahunan ini dirasmikan oleh Encik Mohd Jaaffar Abd Rahim, Guru Besar SKTPR.  Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, pelbagai pengisian dijalankan antaranya Tayangan Slaid dan Telemovie, Pameran dan jualan, kolaborasi 1M1S , persembahan pentas serta kenduri doa selamat dan kesyukuran. Bagi aktiviti kolaborasi 1M1S, perancangan awalnya pertandingan bola jaring dan juga futsal diadakan, namun oleh kerana iklim jerebu ia terpaksa dibatalkan. Justeru sebagai altenatif dijalankan pertandingan permainan tradisional iaitu ketinting dan juga congkak. Atas faktor jerebu juga, sambutan dari PPKI sekolah berhampiran juga kurang memberansangkan iaitu hanya 2 sekolah yang turut serta. Sekolah yang turut serta adalah SK KOTA MASAI 2 dan SK TMN RINTING 2. Secara keseluruhannya aktiviti yang dijalankan selama seminggu ini berjaya mencapai matlamatnya biarpun dalam kesederhanaan.

Tuesday 14 May 2013

PERKHEMAHAN SEHARI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SKTPR


PERKHEMAHAN SEHARI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SKTPR telah diadakan pada 8 Mei 2013 dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang di SKTPR. Murid-murid PPKI telah didedahkan dengan pelbagai  aktiviti  pengakap seperti kawad statik, memasang dan membuka khemah, ikatan, masakan, senamrobik, kerohanian, kraftangan dan juga menanam bunga.

Monday 22 April 2013

KEM PENGURUSAN DIRI 2013


Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SKTPR telah melaksanakan aktiviti Kem Pengurusan Diri 2013 pada 12 hingga 13 April lalu. Aktiviti luar bilik darjah ini memberi pengalaman sebenar dunia realiti kepada murid-murid PPKI. Pelbagai pembelajaran sebagai pengisian dalam aktiviti ini iaitu pengurusan kebersihan diri, kekemasan bilik tidur, hiasan kek, tanaman lada dan juga riadah luar.

Penutupan rasmi disempurnakan oleh Guru Besar, En Mohd Jaafar Abd Rahim dan turut dihadiri oleh Pn Hjh Sapiah Tompang , mantan Guru Besar SKTPR.

Wednesday 10 April 2013

KEM BESTARI SOLAT PPKI 2013


Pada 2 hingga 4 April 2013, murid-murid PPKI telah mengikuti KEM BESTARI SOLAT PPKI 2013. Program selama 3 hari itu bermatlamat mendedahkan murid PPPKI dengan amalan solat secara khusus. Pengisian selama 3 hari adalah tayangan slaid beserta bimbingan solat, amali wudu' dan solat, sukaneka serta penyampaian hadiah yang disempunakan oleh Guru Besar.

Wednesday 20 March 2013

PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH 2013


Pada 13 dan 14 Mac 2013, PPKI dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPR telah mengadakan lawatan sambil belajar @ PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH 2013 ke Kuala Lumpur. Antara tempat yang dikunjungi adalah KLCC, Petrosains, Aquaria, Zoo Negara dan Putrajaya.
Program ini berjalan dengan jayanya hasil daripada sokongan dan tajaan pelbagai pihak antaranya Pejabat Menteri Besar Johor, ADUN Putrajaya, Johor Port, Lembaga Pelabuhan Johor, HONDA Autoparts dan TESCO Plentong .

Monday 25 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H


Pada 22 Feb lalu, SK Tanjung Puteri Resort telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1434H yang bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH. Pelbagai pengisian dijalankan antaranya perarakan, ceramah , pertandingan dan juga persembahan. Murid PPKI SKTPR turut terlibat menjayakan sambutan Maulidur Rasul ini.

Monday 11 February 2013

KURSUS KEPIMPINAN DAN WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS 2013


Pada 4 Feb telah berlansung Kursus Kepimpinan dan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawan /wati SKTPR. 2 orang murid PPKI turut terpilih sebagai pengawas bagi sesi 2013 ini iaitu adik Mohamad Fitri Aiman b.Mohd Nor dan adik Salmiah bt Md Azahar. TAHNIAH diucapkan...
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA