Pada 20 Julai lalu iaitu sehari sebelum Ramadhan, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) telah menjalankan program Semarak Ramadhan. Murid PPKI turut mengikuti program yang dijalankan. Antara pengisiannya adalah tazkirah Ramadhan, tayangan slaid dan persembahan nasyid.
Monday, 23 July 2012
Wednesday, 18 July 2012
Sunday, 15 July 2012
SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Pada 10 Julai 2012 lalu telah berlansung Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di semua sekolah seluruh negara. SKTPR tidak ketinggalan melaksanakan program tersebut dan begitu juga warga PPKI yang teruja menjalankan aktiviti senamrobik bersama warga SKTPR yang lain.
Sunday, 8 July 2012
MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2012
Pada 2 hingga 6 Julai 2012 telah dijalankan MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2012 dengan tema INSAN ISTIMEWA ANUGERAH BERSAMA. Aktiviti tahunan yang telah masuk tahun ke 4 ini telah diisi dengan pelbagai pengisian bagi mempromosi anak-anak istimewa warga PPKI SKTPR kepada warga SKTPR khasnya Antara pengisian adalah tayangan telemovie DISLEKSIA, pertandingan bola jaring, futsal dan sand art bagi PPKI Zon Pasir Putih, Jualan dan Pameran serta persembahan pentas..
| Pada 3 Julai telah diadakan Pertandingan Bola Jaring, Futsal dan Sand Art Down Sindrom di antara PPKI sekolah-sekolah Zon Pasir Putih. |
| Pada 4 Julai diadakan aktiviti Jualan Amal serta Pameran hasil kreativiti murid PPKI SKTPR. |
| Pada 5 Julai merupakan Majlis Penutupan Rasmi yang disempurnakan juga oleh En Mohd Jaafar Abdul Rahim, Guru Besar SKTPR. Majlis ini diserikan dengan persembahan murid-murid PPKI. |
| Pada 6 Julai diadakan Jamuan Kesyukuran dengan kenduri doa selamat serta majlis perpisahan buat Pn Anis Isnaizah Md Hariri yang berpindah ke SK Pasir Gudang 2 |
Moga matlamat dan objektif Minggu Pendidikan Khas ini berjaya memartabatkan insan istimewa dan sekaligus memberi pengiktirafan bahawa insan istimewa ini adalah anugerah bermakna.
Saturday, 30 June 2012
PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH
Pada 26hb Jun 2012 lalu PPKI SKTPR buat julung kalinya telah menganjurkan lawatan ke luar negeri Johor. Lawatan ke Melaka itu telah dinamakan PROGRAM JALINAN SEMAIAN KASIH berdasarkan jalinan kerjasama penganjurannya bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPR serta sumbangan kewangan dari pelbagai pihak. Jutaan terima kasih diucapkan buat HONDA AUTOPARTS, Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Ketua Menteri Melaka, TNB Johor, KFC dan wakil rakyat kawasan Tiram yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.
Program yang berlansung sehari sahaja itu memberi peluang murid PPKI seramai 20 orang berkolaborasi bersama murid Tahun 6 aliran perdana mengunjugi Zoo Melaka, makan tengahari di Kafe Botanikal, menaiki Menara Tamingsari, beriadah di Dataran Pahlawan serta solat di Masjid Terapung.
Monday, 25 June 2012
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 8 2012
SKTPR telah menganjurkan KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 8 pada 23 Jun 2012 lalu. Ia dirasmikan oleh Sarjan Major Mohamad Rafi B. Mohd Nor, Ketua Balai, Balai Polis Taman Pasir Putih, PG. Warga PPKI turut terlibat menjayakan sukan tahunan ini dengan penglibatan beberapa acara antaranya perbarisan, sukaneka, 100m (L) PPKI dan 100m (P) PPKI. Moga dengan aktiviti ini akan menjurus kepada matlamat 1 Murid 1 Sukan .
Friday, 22 June 2012
KUNTUM ke sekolah
SK Tanjung Puteri Resort sekali lagi mengukir sejarah tersendiri apabila menerima kunjungan Majalah Kuntum pada 20 Jun 2012 lalu. Kehadiran maskot Kuntum pada jam 8.15 pagi itu disambut dengan paluan kompang dan hiruk pikuk jeritan para pelajar yang teruja. Tidak kurang juga reaksi dari warga PPKI yang menampilkan pelbagai reaksi. Antara pengisian pada majlis tersebut adalah sesi bercerita, persembahan dari panitia English serta kuiz. Acara diakhiri dengan sesi bergambar bersama maskot Kuntum.
Thursday, 21 June 2012
TERAPI AIR FASA II
PPKI SKTPR sekali lagi menjalankan aktiviti Terapi Air di Tg Puteri Golf Resort pada 19 Jun 2012 lalu. Aktiviti untuk Fasa 2 ini lebih menjurus bermain sambil menerapkan kemahiran. Seramai 20 orang murid terlibat bersama 6 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kami juga diselia oleh seorang kakitangan profesional Tg Puteri Golf Resort yang bertauliah.
Saturday, 16 June 2012
HARI BERTEMU PELANGGAN FASA 1 2012
Pada 15 Jun 2012 telah dijalankan Hari Bertemu Pelanggan PPKI SKTPR 2012 bagi Fasa 1. Pada kesempatan ini telah berlansung perbincangan antara guru PPKI bersama ibubapa/ penjaga murid PPKI dalam membentuk hubungan bagi kebaikan halatuju dan juga sahsiah yang sewajarnya berdasar masalah murid. Pembinaan RPI juga turut dibincang bersama demi mengurangkan dan secara beransur menambahbaik masalah kelemahan murid.
Wednesday, 23 May 2012
TERAPI BOWLING FASA 2
Pada 22 Mei 2012, sekali lagi telah dilaksanakan Program Terapi Bowling bagi fasa II 2012.
Murid-murid PPKI SKTPR semakin mempelihatkan potensi dan kemahiran lokomotor dalam program kali ini.
Aktiviti rutin tahunan ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Tanjung Puteri Golf Resort yang memberikan caj istimewa dalam penggunaan pusat bowlingnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA



