Tuesday, 28 September 2010

UPSR 2010

Alhamdulillah...UPSR 2010 juga diduduki oleh 4 orang calon dari murid pendidikan khas kelas integrasi masalah pembelajaran SKTPR. 4 calon itu adalah adik Mohd Syafizul, adik Mohd Zahid, adik Fauzan dan adik Mohd Azrul. Keempat-empat mereka merupakan murid kelas pendidikan khas yang diinklusif pada waktu matapelajaran teras di kelas biasa. Kelas inklusif ini dibimbing oleh Cikgu Anis Isnaizah Md Hariri. Alhamdulillah juga....bagi peperiksaan UPSR 2010 ini keempat-empat calon diberi tambahan masa untuk menjawab dan juga bilik berasingan oleh pihak JPN. Mudah-mudahan mereka mendapat keputusan yang baik...

Saturday, 18 September 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2010

Pada 18 September 2010 telah dilaksanakan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang lebih berupa jamuan serta bermarhaban ini bermula jam 10.00 pagi dan dihadiri semua warga pendidik dan staf SKTPR.
Selain jamuan , pelaksanaan aktiviti ini juga merupakan amali buat murid-murid pendidikan khas dalam mengaplikasi kemahiran yang dipelajari. Antara kemahiran yang diaplikasi adalah mengemas dan menghias kelas, melayan tetamu, pengucapan bertatasusila, adab ketika makan di majlis, adab dan tatasusila di dalam majlis, menghidang makanan, membasuh peralatan jamuan dan juga menanam sikap berani berdepan dengan orang ramai.
Aktiviti ini juga bermatlamat mendekatkan warga pendidikan khas dengan komuniti SKTPR seterusnya menjalinkan rasa keprihatinan pihak lain dengan insan istimewa.
Selain bermarhaban dan berselawat, para tetamu berkesempatan bermesra dengan murid pendidikan khas serta mengambil peluang menyumbangkan duit raya buat insan istimewa ini.
Kemesraan dan ikatan ukhwah yg erat jelas terpamer di sepanjang majlis berlansung di kalangan para tetamu yang hadir.
Peluang juga diambil untuk saling bermaaf-maafan bersempena Syawal ini
Terima kasih buat semua yang hadir dan menjayakan majlis rumah terbuka pendidikan khas ini terutama pihak pentadbir yang hadir memeriahkan majlis.

Monday, 12 July 2010

PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG

Bagi tahun 2010, SKTPR telah diberi tanggungjawab menganjurkan Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Justeru satu Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah dijalankan pada 3 Jun 2010 yang lalu. Pertandingan tersebut diadakan di Daiman Bowl Johor Jaya dan menerima penyertaan yang memberansangkan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas di Daerah Pasir Gudang.
Penutupan rasmi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang ini disempurnakan oleh Encik Syawal bin Ahmad, Pegawai Khas Pendidikan Swasta PPD Pasir Gudang.
Murid Pendidikan Khas SKTPR telah menjadi Johan bagi Kategori Junior (P) serta mendapat tempat ke tiga bagi kategori Junior (L).
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang mengambil bahagian khususnya yang memenangi petandingan tersebut.
Terima kasih tidak terhingga juga buat semua AJK dan Urusetia yang terlibat dalam pengendalian kejohanan tersebut.
Sememangnya Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama.

TERAPI BOWLING

Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah iaitu Terapi Bowling telah mula diadakan secara rutin bermula 12 Julai 2010. Ia diadakan setiap hari Isnin bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti diadakan sepanjang bulan Julai sehingga pertengahan Ogos. Lokasi bagi aktiviti adalah di Tanjung Puteri Golf Resort serta di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Aktiviti dijalankan secara bergilir dengan 12 murid dalam satu kumpulan bersama 3 guru setiap kali dijalankan.
Moga dengan pelaksanaan aktiviti ini akan meransang minat dan kecenderungan murid pada sukan bowling selain daripada memberikan latih tubi kemahiran lokomotor serta psikomotor.

Monday, 5 July 2010

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2010

Pada 21 hingga 24 Jun 2010 lalu telah berlansungnya Minggu Pendidikan Khas peringkat SK Tanjung Putei Resort. Acara yang menjadi rutin tahunan itu dipenuhi dengan pengisian Tayangan Video, Kuiz, Pameran dan Jualan, Sukaneka serta Persembahan pentas.
Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar SKTPR
Persembahan di Majlis Perasmian merupakan kolabrasi 3 sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi iaitu SKTPR , SK Kota Masai 2 dan SMK Pasir Gudang 2.
Antara persembahan pentomen oleh murid pendidikan khas yang mencuit hati warga SKTPR
Persembahan warga pendidikan khas SKTPR
Penyampaian hadiah buat semua yang terlibat
Penggerak Minggu Pendidikan Khas SKTPR 2010

Wednesday, 21 April 2010

PERKHEMAHAN KOLABORASI DGN MURID PERDANA

Pada 16 - 18 April 2010 lalu, seramai 7 orang murid PKBP SKTPR telah menyertai Perkhemahan Unit-unit Beruniform SKTPR 2010. Perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTPR telah diadakan di Taman Pertanian Johor, Kong-kong , Masai .
MURID PKBP DAN KUMPULANNYA SETELAH SIAP MEMASANG KHEMAH
Penglibatan murid PKBP adalah bagi mewujudkan aktiviti kolaborasi antara murid pendidikan khas dengan murid aliran perdana.
SERONOK DENGAN AKTIVITI MEMASAK
Pelbagai pengisian dilaksanakan sepanjang pekhemahan tersebut antaranya KEMBARA, MEMASAK, KAWAD, dan MALAM KEBUDAYAAN.
AKSI MURID PKBP BERSAMA RAKAN SEPASUKAN SLPS AKTIVITI KEMBARA
Pada 18 April 2010 telah dijalankan Majlis penutupan rasmi oleh guru besar SKTPR iaitu Puan Hjh Sapiah Hj Tompang. Acara kemuncak merupakan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta.

KELIHATAN GPK PENDIDIKAN KHAS, GURU DAN PPM PEN KHAS
Murid PKBP yang menganggotai kumpulan COCONUT telah memenangi kategori Malam Kebudayaan.
PERBARISAN MAJLIS PENUTUP
Tahniah dan syabas buat semua murid PKBP yang menyertai perkhemahan ini, begitu juga buat guru2 dan PPM yang sama2 memberi komitmen bagi menjayakan perkhemahan ini.
PESERTA DAN GURU BERGAMBAR SEBAGAI KENANGAN

Wednesday, 10 March 2010

P & P DI LUAR SEKOLAH

Pada 10hb Mac 2010, Kelas pendidikan Khas SKTPR telah melaksanakan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti juga melibatkan lawatan ke Menara Aqabah iaitu pusat pentadbiran bagi Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Aktiviti dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling juga melibatkan murid Pemulihan Khas.
Taklimat diberikan oleh pegawai Majlis Perbandaran Pasir Gudang berkaitan Menara Aqabah.
Selain lawatan ke sekitar Menara Aqabah, murid-murid Pendidikan Khas juga menjalankan pembelajaran cara penggunaan serta fungsi lif dengan bimbingan pegawai dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang,.
Tunjuk cara penggunaan pengangkutan awam dan cara membayar tambang bas.
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah ini juga mendapat tajaan dan kerjasama Syarikat Pengangkutan Maju. Murid-murid Pendidikan Khas dibimbing cara penggunaan bas awam serta cara membayar tambang bas. Selain merasa pengalaman baru menaiki bas awam, murid Pendidikan Khas mempelajari secara amali membayar tambang menggunakan 'tabung'.
Pembelajaran penggunaan "tangga bergerak" @ eskalator.

Pembelajaran serta pengalaman menggunakan "eskalator" turut dilaksanakan di Kompleks Membeli-belah Pusat Bandar yang merupakan dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Lawatan ke Perpustakaan Awam dan taklimat penggunaannya.

Aktiviti lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang turut juga dijalankan.
Makan di "Kebayan " Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang milik Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Pembelajaran membeli dengan nilai yang betul di UO Pasir Gudang

Selain lawatan , pembelajaran secara amali penggunaan wang serta mengecam nilai wang sama dengan barang turut dilaksanakan di pusat membeli belah UO yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Moga-moga pelaksanaan aktiviti ini akan memberikan suasana pembelajaran yang baru serta menyeronokkan buat murid pendidikan khas SKTPR.

Saturday, 6 March 2010

KURSUS KEPIMPINAN 2010

Pada 10 dan 11 Feb 2010 telah dijalankan aktiviti Kursus Kepimpinan bagi Pengawas dan Pustakawan. 3 orang murid pendidikan khas terpilih menjadi pengawas sekolah sebagai salah satu proses kolaborasi bersama murid aliran perdana.


Murid Pendidikan Khas yang terpilih adalah adik Fauzan, adik Syafizzul dan Adik Zahid. Tahniah diucapkan buat mereka.
GPK HEM mewakili Guru Besar menyampaikan cenderahati buat Ketua Polis Balai Taman Pasir Putih yang sudi menyampaikan Watikah Perlantikan Pengawas yang diadakan pada 12 Februari 2010.

Monday, 1 March 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 6 SKTPR

Pada 6hb Februari 2010 lalu telah berlansung Kejohanan olahraga SKTPR kali ke 6. Acara dirasmikan oleh Assistant Manager HONDA Autoparts Manufacturing dan bermula jam 8.30 pagi .
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontigen pasukan yang mengambil bahagian.
Murid Pendidikan Khas turut sama mengambil bahagian dalam acara perbarisan dengan diiringi guru serta PPM.


Acara bagi murid Pendidikan Khas turut dipertandingan iaitu lari 50m dan 100m kategori pendidikan khas serta acara Sukaneka.
Tahniah dan syabas buat warga pendidikan khas SKTPR yang menampilkan semangat kesukanan yang tinggi.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA