Pada 18 September 2010 telah dilaksanakan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang lebih berupa jamuan serta bermarhaban ini bermula jam 10.00 pagi dan dihadiri semua warga pendidik dan staf SKTPR.
Selain jamuan , pelaksanaan aktiviti ini juga merupakan amali buat murid-murid pendidikan khas dalam mengaplikasi kemahiran yang dipelajari. Antara kemahiran yang diaplikasi adalah mengemas dan menghias kelas, melayan tetamu, pengucapan bertatasusila, adab ketika makan di majlis, adab dan tatasusila di dalam majlis, menghidang makanan, membasuh peralatan jamuan dan juga menanam sikap berani berdepan dengan orang ramai.
Aktiviti ini juga bermatlamat mendekatkan warga pendidikan khas dengan komuniti SKTPR seterusnya menjalinkan rasa keprihatinan pihak lain dengan insan istimewa.
Selain bermarhaban dan berselawat, para tetamu berkesempatan bermesra dengan murid pendidikan khas serta mengambil peluang menyumbangkan duit raya buat insan istimewa ini.
Kemesraan dan ikatan ukhwah yg erat jelas terpamer di sepanjang majlis berlansung di kalangan para tetamu yang hadir.
Peluang juga diambil untuk saling bermaaf-maafan bersempena Syawal ini
Terima kasih buat semua yang hadir dan menjayakan majlis rumah terbuka pendidikan khas ini terutama pihak pentadbir yang hadir memeriahkan majlis.
No comments:
Post a Comment