Tuesday, 28 September 2010
UPSR 2010
Alhamdulillah...UPSR 2010 juga diduduki oleh 4 orang calon dari murid pendidikan khas kelas integrasi masalah pembelajaran SKTPR. 4 calon itu adalah adik Mohd Syafizul, adik Mohd Zahid, adik Fauzan dan adik Mohd Azrul.
Keempat-empat mereka merupakan murid kelas pendidikan khas yang diinklusif pada waktu matapelajaran teras di kelas biasa. Kelas inklusif ini dibimbing oleh Cikgu Anis Isnaizah Md Hariri.
Alhamdulillah juga....bagi peperiksaan UPSR 2010 ini keempat-empat calon diberi tambahan masa untuk menjawab dan juga bilik berasingan oleh pihak JPN. Mudah-mudahan mereka mendapat keputusan yang baik...
Saturday, 18 September 2010
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2010
Pada 18 September 2010 telah dilaksanakan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang lebih berupa jamuan serta bermarhaban ini bermula jam 10.00 pagi dan dihadiri semua warga pendidik dan staf SKTPR.
Selain jamuan , pelaksanaan aktiviti ini juga merupakan amali buat murid-murid pendidikan khas dalam mengaplikasi kemahiran yang dipelajari. Antara kemahiran yang diaplikasi adalah mengemas dan menghias kelas, melayan tetamu, pengucapan bertatasusila, adab ketika makan di majlis, adab dan tatasusila di dalam majlis, menghidang makanan, membasuh peralatan jamuan dan juga menanam sikap berani berdepan dengan orang ramai.
Aktiviti ini juga bermatlamat mendekatkan warga pendidikan khas dengan komuniti SKTPR seterusnya menjalinkan rasa keprihatinan pihak lain dengan insan istimewa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA