PROGRAM SEMARAK ISLAM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN)TAHUN 2014
Program Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang merupakan aktiviti tahunan yang terkandung dalam Takwim Panitia Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudan 2014. Aktiviti yang dijalankan pada 6 April 2014 ini bertujuan memilih wakil daerah Pasir Gudang ke Semarak Islam peringkat negeri. Secara tidak lansung juga ia bermatlamat menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri peserta. Selain itu, aktiviti ini diharapkan dapat menjadi satu kaedah Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah (PLBD) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang memberi impak positif bagi semua peserta.
Semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah dan Menengah Daerah Pasir Gudang terlibat dalam acara ini dan Sekolah Kebangsaan Tanjong Puteri Resort telah terpilih menjadi tuan rumah pada tahun ini.
Program ini dapat mengetengahkan bakat serta mempraktikkan nilai-nilai Islam melalui aktiviti meningkatkan modal insan. Selain itu juga, ia sebagai kesinambungan kepada penghayatan nilai-nilai Islam bagi memantapkan pengetahuan agama Islam serta dapat memberi peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti yang biasa dilakukan bagi masyarakat Islam.
Antara acara yang dipertandingkan ialah:
Tilawah Al-quran
|
Para Pengadil Pertandingan Tilawah Al-quran |
|
Guru Pengiring Peserta Tilawah Al-quran |
|
Peserta Tilawah Al-quran |
Hafazan
|
Pengadil bagi pertandingan Hafazan |
|
Peserta pertandingan Hafazan |
|
Para peserta sedang menunggu giliran |
Bercerita Kisah dari Al-quran
|
Hakim Pertandingan Bercerita |
|
Peserta sedang menunggu giliran |
|
Peserta sedang mempersembahkan cerita mereka |
Nasyid
|
Hakim sedang menilai para peserta |
|
Antara peserta kumpulan Nasyid yang bertanding |
Azan subuh
|
Hakim Pertandingan Azan subuh |
|
Peserta sedang mengalunkan Azan |