Sunday, 20 April 2014

KEM PENGURUSAN DIRI 2014

KEM PENGURUSAN DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG PUTERI RESORT 2014 DI HOTEL SELESA


Pada 14 dan 15 April 2014 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Tanjong Puteri Resort telah mengadakan Kem Pengurusan Diri peringkat sekolah di Hotel Selesa Pasir Gudang. Pn Hasniza Binti Che Mat merupakan penyelaras bagi Program Kem Pengurusan Diri pada tahun ini.

Murid sedang berkumpul sebelum bertolak


Program yang berlangsung dengan jayanya ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dalam aspek pengurusan kehidupan secara amali dan realiti. Murid juga perlu bersedia menempuhi kehidupan yang mencabar dan perlu berdikari di luar sana nanti.

Guru-guru sedang berbincang 


Seramai 17 orang Murid dan 11 orang Guru pengiring termasuk PPM terlibat menjayakan aktiviti ini. Penginapan selama 2 hari 1 malam di Hotel Selesa ini, telah menempatkan kami di 8 buah bilik yang berasingan. 

Kami bersiap sedia untuk bertolak pada pukul 10.00 pagi. 

Bergambar bersama GPK Pendidikan Khas, Tn Hj. Mohd Saifullizan Hj Senin  dan Guru Besar, En Mohd Jaafar Abd Rahim



























Guru Besar, En Mohd Jaafar Abd Rahim  memberi sedikit amanat sebelum kami bertolak 



























Dengan tema Membentuk Insan Berdikari Dan Berdisiplin, pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk murid-murid bagi mencapai Objektif, kami dari Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) mengadakan Kem Pengurusan Diri ini.

Berikut merupakan aktiviti yang kami jalankan:

Isnin (14 April 2013)

10.30 pagi - 2.00 petang:

  • Berbelanja alatan pengurusan diri di UO
  • Makan tengah hari di Food court
  • Solat Zohor



Mereka sedang memilih alatan keperluan masing-masing


Guru membantu mereka memilih

Murid-murid diberi RM10 seorang untuk membeli keperluan ini

Murid-murid membayar sendiri barang yang dipilih

Mendapat kembali duit baki 

Alalalala adik Fatihah :)

























Semua murid berjaya membeli keperluan mereka sendiri

Posing sikitttt :)















Setelah penat berbelanja, kami semua makan tengah hari di Food Court Pusat Bandar. Murid-murid diberi peluang untuk memilih menu yang mereka suka, dan membayar sendiri makanan mereka.

Adik Aiman sedang membayar Nasi Ayam Penyet nyerrr :p

Sedapnyaaaa nasi adik Hanisah


Baca doa dulu sebelum makan
Selamat menjamu selera 























2.00 - 2.30 petang:

  • Pengesahan kemasukan ke Hotel Selesa

Selepas makan, kami solat bersama di Surau An-Nur Pusat Bandar. Setelah itu, kami berangkat ke Hotel Selesa untuk bermalam di sana.

Murid-murid tidak sabar untuk masuk ke dalam bilik

Cikgu Hasnizah sedang menguruskan urusan penginapan



























2.30 - 5.00 pm Latihan Dalam Kumpulan 1:

  • Pembahagian kumpulan
  • Pertandingan membuat logo kumpulan
  • Solat Asar

Kumpulan Naga Merah

Kumpulan Cobra

Kumpulan Helang

5.00 - 6.00 petang:

  • Riadah
  • Kebersihan diri
Memandangkan hari hujan, murid-murid hanya beriadah di dewan sahaja. 

Main kerusi beracun


























6.00 petang - 9.00 malam:

  • Makan malam
  • Solat Maghrib dan Isyak berjemaah 
  • Tazkirah
Murid-murid menjamu selera


























Solat Maghrib dan Isyak berjemaah - penerapan aspek kerohanian

Adik Fatihah dan Syuhaidah


Tazkirah disampaikan oleh Cikgu Azrol



























9.00 - 10.00 malam (Latihan Dalam Kumpulan 2) :

  • Gubahan Coklat
Dibantu oleh guru-guru dalam penerapan unsur kreativiti
Hasil gubahan 3 kumpulan




























10.30 malam:

  • Persiapan diri
  • Tidur

Selasa (15 April 2014)

5.30 pagi:


  • Persiapan diri
  • Solat Subuh

6.45 pagi:

  • Senaman pagi
  • Riadah
Senamrobik


























Bergambar dulu sebelum mandi


























Terjunnnn


Penerapan terapi renang

























8.30 pagi:


  • Sarapan pagi
Sarapan pagi - amali tatasusila ketika makan

9.30 pagi (Latihan Dalam Kumpulan 3) :

  • Pengurusan Kamar Tidur





11.00 pagi (Latihan Dalam Kumpulan 4) :

  • Pengurusan Kebersihan Diri



12.00 tengah hari :

  • Majlis penutupan
  • Penyampaian Sijil
  • Makan Tengah Hari
Ucapan Penutupan oleh GPK Pendidikan Khas, Tuan Hj Mohd Saifullizan Hj Senin yg mewakili Guru Besar.
Murid menerima hadiah dan sijil





Menjamu selera sebelum berangkat pulang sambil menerapkan kemahiran etika di meja makan.

1.00 tengah hari :

  • Bertolak pulang ke sekolah


Bye byeeee 



























No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA