Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tanjung Puteri Resort telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Muzium Layang-layang Pasir Gudang, Johor. Lawatan ini di adakan pada 22 Mei 2014. Penyelaras bagi program ini ialah Pn. Nurulhuda Binti Adam dan disertai oleh 22 orang murid, 11 orang guru pengiring termasuk PPM.
|
Kami tiba di Balai Bomba Pasir Gudang |
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Selain itu juga, pelajar di beri pendedahan tentang asas menyelamatkan diri serta tindakan yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran.
|
Pelajar diberi taklimat mengenai kebakaran oleh ahli bomba |
|
Pelajar diberi tunjuk ajar tentang tidakan sewaktu kebakaran |
|
Pelajar dapat melihat sediri peralatan di dalam trak bomba |
|
Pelajar juga dapat memegang sendiri peralatan bomba |
|
Pelajar juga diberi peluang menaiki trak bomba |
|
Adik Harris feeling feeling nak jadi bomba gitewww..hehhehe |
|
Adik Aireena berpeluang memegang pili bomba |
|
Adik Azhar juga tidak ketinggalan mencuba |
Pihak bomba turut menyediakan sedikit juadah buat kami semua. Jutaan terima kasih dari pihak kami kepada Balai Bomba Pasir Gudang, Johor atas layanan dan kerjasama yang amat baik daripada anda samua.
|
Kami bergambar sebelum pulang :) |
Setelah itu, kami berangkat ke Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Di sana, murid-murid di beri peluang untuk melawat muzium layang-layang, serta memberi keseronokkan buat mereka membuat layang-layang dan menerbangkannya sendiri.
|
Barangan yang terdapat di Muzium Layang-layang |
|
Antara bentuk layang-layang yang dipamerkan di sana |
|
Bersemangat mereka membuat layang-layang |
|
Mereka cuba untuk menaikkan layang-layang buatan sendiri |
|
Ada yang berjaya, dan ada yang tidak...tak apa, nanti boleh cuba lagi :) |
|
Layang-layang Cikgu Azrol laa yang naik paling tinggi...haaaa...kau hadooo?? hahaha |
No comments:
Post a Comment