Monday, 10 January 2011
SELAMAT DATANG 2011
Alhamdullilah...kian bertambah usia PPKI di SKTPR. 2011 merupakan tahun ke 6 perlaksanaan program ini di SKTPR...dari bertatih dah mula berjalan dan kini berlari pantas.... Bagi tahun 2011, murid PPKI berjumlah 22 orang sehingga 10 Januari .... 5 orang murid baru yang semuanya berusia 7 tahun telah mendaftarkan diri....
Bagi tahun ini juga Pendidikan Khas turut terlibat dengan Tranformasi Pendidikan dengan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...justeru PPKI SKTPR turut mengorak langkah bersama melaksana KSSR... 8 orang murid telah dikenalpasti bagi mengikuti KSSR......
Bermula 17hb Januari pula, 2 orang guru PPKI akan menjalankan Praktikum KPLI KDC selama 3 bulan... Diharapkan mereka akan menunjukkan prestasi yang boleh membantu pengajaran di dalam kelas...
Progam INKLUSIF dan TRANSISI terus dilaksanakan untuk tahun 2011 ini. Program TRANSISI merupakan kesinambungan dengan beberapa penambahbaikan, manakala Program INKLUSIF permulaan bagi calon baru di kelas Tahun 4........
Semoga segala yang dirancang untuk tahun 2011 ini akan berjalan lancar dan objektifnya mencapai prestasi yang membanggakan....
Tuesday, 28 September 2010
UPSR 2010
Alhamdulillah...UPSR 2010 juga diduduki oleh 4 orang calon dari murid pendidikan khas kelas integrasi masalah pembelajaran SKTPR. 4 calon itu adalah adik Mohd Syafizul, adik Mohd Zahid, adik Fauzan dan adik Mohd Azrul.
Keempat-empat mereka merupakan murid kelas pendidikan khas yang diinklusif pada waktu matapelajaran teras di kelas biasa. Kelas inklusif ini dibimbing oleh Cikgu Anis Isnaizah Md Hariri.
Alhamdulillah juga....bagi peperiksaan UPSR 2010 ini keempat-empat calon diberi tambahan masa untuk menjawab dan juga bilik berasingan oleh pihak JPN. Mudah-mudahan mereka mendapat keputusan yang baik...
Saturday, 18 September 2010
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2010
Pada 18 September 2010 telah dilaksanakan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPR. Program yang lebih berupa jamuan serta bermarhaban ini bermula jam 10.00 pagi dan dihadiri semua warga pendidik dan staf SKTPR.
Selain jamuan , pelaksanaan aktiviti ini juga merupakan amali buat murid-murid pendidikan khas dalam mengaplikasi kemahiran yang dipelajari. Antara kemahiran yang diaplikasi adalah mengemas dan menghias kelas, melayan tetamu, pengucapan bertatasusila, adab ketika makan di majlis, adab dan tatasusila di dalam majlis, menghidang makanan, membasuh peralatan jamuan dan juga menanam sikap berani berdepan dengan orang ramai.
Aktiviti ini juga bermatlamat mendekatkan warga pendidikan khas dengan komuniti SKTPR seterusnya menjalinkan rasa keprihatinan pihak lain dengan insan istimewa.
Monday, 12 July 2010
PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG
Bagi tahun 2010, SKTPR telah diberi tanggungjawab menganjurkan Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. Justeru satu Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah dijalankan pada 3 Jun 2010 yang lalu.
Pertandingan tersebut diadakan di Daiman Bowl Johor Jaya dan menerima penyertaan yang memberansangkan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas di Daerah Pasir Gudang.
Penutupan rasmi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang ini disempurnakan oleh Encik Syawal bin Ahmad, Pegawai Khas Pendidikan Swasta PPD Pasir Gudang.
TERAPI BOWLING
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah iaitu Terapi Bowling telah mula diadakan secara rutin bermula 12 Julai 2010. Ia diadakan setiap hari Isnin bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Aktiviti diadakan sepanjang bulan Julai sehingga pertengahan Ogos. Lokasi bagi aktiviti adalah di Tanjung Puteri Golf Resort serta di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Wednesday, 7 July 2010
Monday, 5 July 2010
MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2010
Pada 21 hingga 24 Jun 2010 lalu telah berlansungnya Minggu Pendidikan Khas peringkat SK Tanjung Putei Resort. Acara yang menjadi rutin tahunan itu dipenuhi dengan pengisian Tayangan Video, Kuiz, Pameran dan Jualan, Sukaneka serta Persembahan pentas.
Wednesday, 21 April 2010
PERKHEMAHAN KOLABORASI DGN MURID PERDANA
Pada 16 - 18 April 2010 lalu, seramai 7 orang murid PKBP SKTPR telah menyertai Perkhemahan Unit-unit Beruniform SKTPR 2010. Perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTPR telah diadakan di Taman Pertanian Johor, Kong-kong , Masai .
SERONOK DENGAN AKTIVITI MEMASAK
Pelbagai pengisian dilaksanakan sepanjang pekhemahan tersebut antaranya KEMBARA, MEMASAK, KAWAD, dan MALAM KEBUDAYAAN.
Pada 18 April 2010 telah dijalankan Majlis penutupan rasmi oleh guru besar SKTPR iaitu Puan Hjh Sapiah Hj Tompang. Acara kemuncak merupakan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta.
Murid PKBP yang menganggotai kumpulan COCONUT telah memenangi kategori Malam Kebudayaan.
Wednesday, 10 March 2010
P & P DI LUAR SEKOLAH
Pada 10hb Mac 2010, Kelas pendidikan Khas SKTPR telah melaksanakan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti juga melibatkan lawatan ke Menara Aqabah iaitu pusat pentadbiran bagi Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Aktiviti dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling juga melibatkan murid Pemulihan Khas.
Makan di "Kebayan " Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang milik Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Selain lawatan ke sekitar Menara Aqabah, murid-murid Pendidikan Khas juga menjalankan pembelajaran cara penggunaan serta fungsi lif dengan bimbingan pegawai dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang,.
Tunjuk cara penggunaan pengangkutan awam dan cara membayar tambang bas.
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah ini juga mendapat tajaan dan kerjasama Syarikat Pengangkutan Maju. Murid-murid Pendidikan Khas dibimbing cara penggunaan bas awam serta cara membayar tambang bas. Selain merasa pengalaman baru menaiki bas awam, murid Pendidikan Khas mempelajari secara amali membayar tambang menggunakan 'tabung'.
Aktiviti lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang turut juga dijalankan.
Makan di "Kebayan " Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang milik Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Selain lawatan , pembelajaran secara amali penggunaan wang serta mengecam nilai wang sama dengan barang turut dilaksanakan di pusat membeli belah UO yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Moga-moga pelaksanaan aktiviti ini akan memberikan suasana pembelajaran yang baru serta menyeronokkan buat murid pendidikan khas SKTPR.
Saturday, 6 March 2010
KURSUS KEPIMPINAN 2010
Pada 10 dan 11 Feb 2010 telah dijalankan aktiviti Kursus Kepimpinan bagi Pengawas dan Pustakawan. 3 orang murid pendidikan khas terpilih menjadi pengawas sekolah sebagai salah satu proses kolaborasi bersama murid aliran perdana.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA















