Friday 13 November 2009

JAMUAN TAHUNAN





Pada 12 NOV 2009, PKBP SKTPR telah menganjurkan Jamuan Tahunan 2009 bagi kelas PKBP. Jamuan tersebut diadakan sempena tamat sesi 2009 serta meraikan murid yang bakal ke sekolah menengah. Jamuan telah diadakan di Restoran Pizza Hut cawangan Bukit Dahlia, Masai.
Selain menikmati hidangan Pizza dan ais krim, murid-murid PKBP SKTPR juga dihiburkan dengan moskot Pizza Hut serta menikmati keseronokan permainan yang diadakan oleh pihak pengurusan Pizza Hut.
Pihak pengurusan sekolah diwakili oleh GPK Kokurikulum turut hadir bagi meraikan murid PKBP.

No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA