Sunday 2 February 2014

TERAPI AIR 1 (2014)

TERAPI AIR - HYDROTHERAPY





Pada 28 Januari 2014, kami menjalanlankan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik darjah iaini Terapi Air bagi murid-murid Pendidikan Khas. Aktiviti ini telah dijalankan di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 21 orang murid dan 10 orang guru termasuk ppm turut serta menjalankan aktiviti ini. Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun.




 

Antara objektif utama aktiviti seperti ini dijalankan ialah:

  • Melatih pergerakan lokomotor dan psikomotor murid.

  • Murid dapat meningkatkan pendekatan kognitif da memenuhi rasa ingin tahu, penguasan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
  • Menggalakkan interaksi antara murid.



  • Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang.
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu diketahui dan dipatuhi ketika berada di dalam air (sebelum, semasa, dan selepas terapi).
  • Memberi kekuatan dan keyakinan diri untuk berada di dalam air (berenang).
  • Meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan murid.


Semua pelajar mengikuti program ini dengan jayanya.









No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA