Tuesday 17 June 2014

SUKANEKA SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 10 SKTPR 2014


Pada 17 Jun 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Sukaneka bersempena Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 10 SKTPR. Semua murid terlibat menjayakan acara ini. Ada 3 permainan yang dipertandingkan antara rumah merah, biru, hijau dan kuning.

Mereka bersedia untuk bertanding




























Antara permainan yang dipertandingkan ialah:

1) Terompah Gergasi

Pelajar dikehendaki memasukkan kaki pada getah terompah dan berjalan beriringan.

Cikgu Fiza sedang memberi penerangan kepada murid-murid

Lawannnn...




























2) Tarik Bola Dengan Gelung

Pelajar dikehendaki menarik bola menggunakan gelung dan harus melepasi kon secara berselang-seli.

Pelajar menarik bola dengan semangat



3) Musang Berjanggut

Pelajar dikehendaki mengasingkan kekacang yang telah di campurkan di dalam satu bekas yang sama.

Semua murid cuba melakukannya walaupun permainan ini agak rumit bagi mereka

Kekacang yang berjaya diasingkan


























Keputusan permainan pertama dan kedua dimenangi oleh Rumah Merah da permainan ketiga dimenangi oleh Rumah Kuning.


No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA