Tuesday 15 July 2014

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2014 ( PART I )

PERASMIAN DAN TAYANGAN

Perasmian:

Program Pendidikan Khas Integrasi ( Bermasalah Pembelajaran ) SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan Minggu Pendidikan Khas peringkat sekolah pada 22 Jun 2014 hingga 26 Jun 2104.


Program ini bertujuan untuk mempromosikan serta mendedahkan Program Pendidikan Khas Integrasi ini kepada semua warga sekolah SK Tanjong Puteri Resort. Di samping itu, program ini dapat menilai potensi diri semua murid secara maksimum melalui aktiviti yang akan dijalankan.




Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort, En. Mohd. Jaafar Bin Abd Rahim.






Tayangan:

Tayangan telemovie Minah Karipap yang mengisahkan tentang remaja perempuan istimewa yang terlalu obses dan menggemari karipap sehingga berusaha sendiri untuk mempelajari cara-cara membuat karipap.




Antara pelajar yang menyaksikan tayangan cerita minah karipap

Dalam sesi soal jawab, pelajar diberikan cenderahati dan disampaaikan oleh Cikgu Iswandy



No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA