Pada 24 Disember 2009 lalu, PKBP SKTPR telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari PKBP SK Tamn Johor Jaya 2. Lawatan seramai 6 orang guru-guru dan PPM Pend Khas Bermasalah Pembelajaran itu bertujuan bertukar-tukar idea dan pendapat demi kebaikan anak didik pend khas.

Penyelaras PKBP SKTPR menerima cenderahati dari En Kamal wakil PKBP SKTJJ2
Terima kasih diucapkan kepada rombongan PKBP SKTJJ2 yang sudi berkunjung ke PKBP SKTPR . Mudah-mudahan segala hasil lawatan ini dapat mempertingkatkan usaha dalam menangani corak pebelajaran murid PKBP.








Pada 7 November 2009 lalu, SKTPR telah menganjurkan KARNIVAL 1 MALAYSIA yg bertujuan mengisi dana KEBIRU. Pihak PKBP juga telah membuka gerai jualan bg mengisi tabung kelas. Keseronokan jelas terpancar di wajah murid PKBP yg hadir memeriahkan karnival tersebut. Antara aktiviti menarik selain gerai jualan adalah Flying Fox, Mini Zoo, Auto show dan berkuda.





.png)
.
Antara aturcara majlis adalah persembahan dari ke empat-empat buah sekolah tersebut dan bagi PKBP SK Tanjung Puteri Resort adalah mempersembahkan persembahan nasyid marhaban.