Wednesday 8 July 2009

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2009


Minggu Pendidikan Khas 2009 telah dirasmikan oleh Pn Hjh Sapiah Hj Tompang, Guru Besar SK Tg Puteri Resort pada 6 Julai 2009. Minggu Pendidikan Khas bermula 6 Julai 2009 dan berakhir pada 9 Julai 2009. Pelbagai aktiviti dirancang antaranya Tayangan Slaid Info PKBP, Pelancaran BLOG PKBPSKTPR, Sukaneka, Pameran, Jualan Amal, Kuiz, Pertandingan Mewarna dan Persembahan Pentas.
Objektif Minggu Pendidikan Khas SKTPR 2009 :
  • mengetengahkan serta menonjolkan potensi dan kemahiran murid PKBP
  • menyatu dan menjalinkan kemesraan antara murid PKBP dengan murid aliran perdana
  • memberi peluang murid PKBP dan murid aliran perdana berinteraksi, dan berkomunikasi antara satu sama lain
  • melahirkan keyakinan serta disiplin diri yang tinggi bagi murid PKBP dalam menghadapi proses dewasa

No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA